Tuesday, August 31, 2010

MASA DEPAN PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA


Jawapan pada persoalan di atas ialah TIADA MASA DEPAN. Kenapa? Pemain2 bola MALAYSIA hanya boleh bertahan sekitar usia 30 tahun. Selepas itu tiada lagi pasukan yang menawarkan tawaran yang lumayan. Selalunya pada usia 24 tahun baru mereka mendapat tempat di dalam 1st eleven pasukan masing2. Exceptional case jika pada usia 20 tahun mereka sudah menjadi regular players dlm 1st eleven. Malah semalam aku berbual dengan rakan sekerjaku seorang Mat Salleh dari England, mengakui bahawa tidak semua produk dari Academy Manchester United, Chelsea atau juga Youth squad mereka yang berjaya mendapat mewakili 1st team pasukan itu. Akibat dari kegagalan ini, maka drop out Academy mahupun Youth squad ini terpaksa mencari nafkah dalam karier yang berlainan. Agak malang jika mereka tidak mempunyai kelayakan akademik.Itu England, bagaimana Malaysia???

Rata2 pemain bolasepak Malaysia tidak mempunyai kelayakan akademik yg kuat. Boleh kira dengan jari berapa ramai yg mempunyai sekurang2nya diploma. Selepas SPM terus memasuki skuad Piala Presiden , nasib baik dapatlah main skuad senior Liga Super. Kalau tidak, terpaksalah mencari rezeki di bidang lain.

Ditambah dengan kedudukan Malaysia yang tidak kuat di peringkat antarabangsa, maka adalah sukar untuk mana2 pemain Malaysia bermain di liga luarnegara. Jikalau terdapat pemain Malaysia yang bermain di Liga2 timur tengah pun dah cukup membanggakan kerana tawarannya adalah lumayan berbanding dengan liga malaysia.

Oleh itu FAM perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan prestasi pasukan Malaysia agar karier dan masadepan pemain2 bolasepak negara terjamin. Jikalau di dalam bidang lain selain dari bolasepak, pada usia 30 tahun jika mereka ini mempunyai degree, seseorg itu sekurang2nya sudah berada di position pengurus. malangnya pemain2 bolasepak, pada usia ini mereka sudah menggantung but dan mula mencari pekerjaan lain untuk menyambung hidup. Bagaimana nasib anak isteri di rumah???

5 comments:

Anonymous said...

sy nk thu ade tak pemain bola kita bernama muhamad firdaus bin baharudin?

Anonymous said...

TAK ADA

Anonymous said...

nk jadi pemain bola sepak perlu ada akademik apa

alizal said...

Yang bijak pandai semua dah jadi doktor, loyer, arkitek, engineer dan businessman

Kalau bolasepak Malaysia dah setaraf bolasepak luar negara dari segi gaji, habuan dan masa depan.... siapa lah yang nak pening2 kerja macam loyer dan doktor

Main bola je duit dah masuk... barulah yang bijak pandai ada dalam team bola kita

Kipidap!

hafirdz said...

Kalau pelajar tahfiz yg dh habis boleh x jadi fooballer yee????