Tuesday, August 24, 2010

MACAM ADA YG TAK KENA JE DLM FAM INI...

Bila meneliti senarai pengerusi Jawatankuasa FAM yg baru ini, yg baru memulakan mesyuarat pertamanya, Cakap2Bola berasakan ada sesuatu yg tak kena. Mengapa Tan Sri Annuar Musa di beri mengetuai jawatankuasa Bolasepak Wanita dan Jawatankuasa MSL?? Pada pengamatan Cakap2Bola, Annuar Musa sepatutnya diberi tugas mengetuai Pengurusan Pasukan Kebangsaan dan Juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan Belia!! Kedua2 Jawatankuasa ini penting untuk menentukan halatuju pasukan kebangsaan. Malangnya Jawatankuasa ini dipegang oleh Prseiden FAM dan Timbalan Presiden FAM yg juga anaknya! Satu Malaya dah tahu akan kegagalan Presiden dan Timbalan Presiden yg satu lagi ini menerajui pasukan kebangsaan. Apa salahnya diberi jawatankuasa ini kepada org baru iaitu Annuar Musa yg telah membuktikan kewibawaan beliau mengemudi skuad Kelantan. Nampak gayanya, skuad kebangsaan makin tiada hala tujulah nampaknya...

1 comment:

meor-name-depan-ku said...

Hrrrmm....pernah juga terfikir