Tuesday, June 16, 2009

Selepas di latih oleh Kementerian Pelajaran, bila FAM ambil alih mesti skuad hancur

Bila aku baca artikel Kosmo hari ini dan aku pamirkan di bawah ini, aku sentiasa tabik kepada Kementerian Pelajaran melalui Majlis Sukan Sekolah2 Malaysia (MSSM) yang sentiasa giat mencari bakat2 baru dalam apa jua bidang sukan. Dalam kes terbaru, kementerian Pelajaran, MSN mengumpul bakat2 bawah 15 tahun untuk membentuk skuad bawah 15 bolasepak negara.

PENUBUHAN skuad bawah 15 tahun (B-15) kebangsaan akan bertindak sebagai penentu masa depan bola sepak negara. Jika gagal, bererti sukan No. 1 negara itu akan terus melalui kemalapan.
Namun, fungsi penubuhannya lebih tertumpu kepada usaha mengembalikan kegemilangan.
Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Atas kesedaran itu maka terbentuklah skuad B-15 yang diharap dapat membawa sinar baru kepada bola sepak negara.
Skuad yang disertai pemain berusia 15 tahun itu memiliki tugas penting.
Mereka perlu memiliki semangat juang yang tinggi serta berdaya saing.
Hanya dengan cara itu, mereka akan tampil lebih yakin untuk bersaing di pentas antarabangsa.
Tumpuan yang akan diberikan kepada skuad muda negara ini adalah pendedahan pada peringkat kompeti- tif serta latihan yang sistematik.
Kepantasan, kreativiti serta kecekapan mencuri peluang akan diberi keutamaan.
Sebagai permulaan, 23 pemain telah dipilih dari seluruh negara dan mereka kini sedang giat menjalani latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Aminuddin Hussin 43, bertindak sebagai ketua jurulatih dan dibantu oleh C. Parasivam, manakala Richard Nelson Scully pula melatih penjaga gol.
Menurutnya, skuad B-15 ini adalah pasukan masa depan negara.
"Jika mereka bekerja kuat dari sekarang, mereka akan menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa akan datang. Matlamat kami ialah untuk tampil sebagai sebuah pasukan yang berdaya saing," katanya.
Aminuddin yang juga bekas pemain pertahanan Negeri Sembilan pada 1987 hingga 1994 berkata, skuad B-15 yang ditempatkan di SSBJ juga memiliki misi penting iaitu untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Piala Dunia Bawah 17 pada tahun 2011.
"
Malaysia tidak pernah layak ke Kejohanan Piala Dunia B-17 sebelum ini, dan penubuhan pasukan ini juga mempunyai misi ke arah itu," katanya.
Pemain yang dipilih menyertai skuad B-15 ini ditentukan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) masing-masing dan nama yang disenarai pendek itu diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan untuk membuat pemilihan terakhir.
"Mereka ditapis semula oleh jawa- tankuasa pemilihan sebelum ditempatkan di SSBJ.
"Pasukan pelapis negara ini diwujudkan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.
Menurut Aminuddin lagi, pemain turut didedahkan dengan latihan fizi kal dan mental selain memberi pene- kanan kepada aspek taktikal, kreati- viti dan ketangkasan."

Selain itu katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN) bagi menilai perkemba- ngan seseorang pemain itu.
"Melalui kerjasama ISN, kita mendapat data setiap pemain serta kemampuan mereka menerusi ujian penilaian yang di lakukan dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga bercadang untuk mengadakan latihan di luar negara seperti Slovekia pada September depan sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 16 tahun.
"Apa pun, saya boleh katakan bahawa ini adalah skuad masa depan negara."

Sebagaimana tajuk artikel aku ini maupun artikel aku terdahulu, mengapa budak2 ini bila di ambilalih oleh FAM jadi hancur sebagaimana skuad kebangsaan sedangkan sewaktu usia muda mereka mampu bersaing dengan mana2 pasukan di dunia. Kita baca artikel di atas itu, sekali lagi aku dibelenggu persoalan, apakah kriteria untuk menjadi jurulatih skuad bolasepak negara? Siapa2 pun boleh ke? Itu aku tak sentuh jurulatih Futsal negara. Siapa yang menentukan position jurulatih ini ? Ada panel dalam FAM ke atau main tangkap muat ? Musykil...musykil...itu sebablah bolasepak negara tak maju maju. Ataupun mereka ini jadi coach secara sukarela?

Mari kita tatap nama2 jurulatih FAM:

Skuad Senior dan B23 - K Rajagopal

Skuad B19(Harimau Muda) - Ong Kim Swee

Skuad B15 - Aminuddin Hussin dibantu oleh C Parasivam, Richard Nelson Scully ( nama macam mat salleh tapi sama dgn Parasivam)

Skuad Futsal . P Balakrishnan - ni langsung aku tak pernah dengar dia sebagai player kebangsaan???

So kita bolehlah buat andaian, sesiapa pun boleh jadi coach Malaysia kerana tak perlu ada kriteria dari FAM. Itu sebab bolasepak negara tak maju2.



3 comments:

redzai said...

korea utara yang tah apa-apa punya local liga pun boleh layak pi piala dunia.
malaysia yang ada liga pro kena bedal awal-awal

CAKAP2BOLA said...
This comment has been removed by the author.
CAKAP2BOLA said...

betul tu...takde langsung pemain pro team north kores tu...maknanya mmg betul pengurusan FAM memang hampehhh..bila kalah pemain dipersalahkan...yg FAM pun lantik jurulatih cap ayam lawan team cap ayam...lagi baik makan sardin cap ayam at least sardin cap ayam pun la ni mahal....