Wednesday, June 24, 2009

KEDAH 2 BINH DOUNG VIETNAM 8


Itulah keputusan Piala AFC pada June 23,2009. Kedah kena belasah teruk oleh kelab dari Vietnam. Kedah selaku juara tiga piala selama 2 tahun Malaysia kena belasah macam gitu sahaja. Lawan pulak dari Vietnam je bukannya dari Australia ataupun kelab Saudi ke jepun ke. Alasan kalah kerana team Vietnam itu ada 8 pemain kebangsaan Vietnam. So what?? Kedah pun apa kurangnya!! Pemain kebangsaan Vietnam sahaja bukannnya pemain kebangsaan Brazil!!!Dari sini kita boleh rumuskan bahawa tahap bolasepak Malaysia memang makin hancur!! dengan Vietnam pun dah tak terlawan!! Jangan pula ada yang memberi alasan Vietnam adalah bukan standard kita!! Habis tu kita ni standard apa!! Standard dgn Laos, Maldives, Afghan ?? Bacalah ulasan2 aku terdahulu, bagaimana caranya kita perlu meningkatkan mutu bolasepak kita.Salah satunya ialah kelab Malaysia perlu berjaya di peringkat Asia samada Piala AFC mahupun Asian Champions League. Aku pun dah malas nak tulis berulang kali. Aku kesian pada jurulatih Kedah Azrai Khor Abdullah sebab aku nampak dia ada kualiti jurulatih yang baik. Mana ada jurulatih tempatan yang boleh bolot 3 piala dalam masa setahun lepas tu 2 tahun berturut2!! Azrai Khor pun mempunyai sikap yang bagus kerana bercita2 membawa Kedah ke pusingan suku akhir Piala AFC. Malangnya kuasa dan pembangunan bolasepak Malaysia bukan di tangan beliau. Kuasa itu hanya ada pada FAM. Hanya satu jalan untuk menyelamatkan mutu bolasepak Malaysia. Presiden FAM dan kesemua jawatankuasanya PERLU BERUNDUR SECARA TERHORMAT demi masa depan bolasepak negara.

5 comments:

meyour said...

cam ner x kene blasah.........

sumer kelab ade import, tapi malaysia nak ke zaman hitam puith....xde import....


bile lerr harimau nak mengaum kembali????

CAKAP2BOLA said...

Betul tu Meyour...perlu ada import sekurang2nya 2 pemain. Agaknya kita perlu import pegawai2 dalam FAM itu

faridizwal said...

pegh teruk kene belasah tu beb...apa sudah jadi...memang tenggelam msia itu macam..kene bangkit woooooooooo

redzai said...

memang dah hancur pun cuma orang2 yg dok kerusi empuk tu yg rasa bola kita ni makin meningkat.

bolasepak pada dia orang ni untuk glamor dan sambung hayat politik ja la.......

jgn hairan kalau vietnam ke piala dunia nanti, kita kena belasah dengan maldives atau papua pulak...

Anonymous said...

rasanya pegawai FAM duk lena dibuai mimpi lagi tu..negara lain dah ke depan..korea utara pun ke world cup..amerika bole pukul spain..malaysia duk syok sendiri je..