1958 - 1974 - Tuanku Abdul Rahman
- Malaysia layak ke Olimpik 1972 di Munich dan mendapat tempat ke 3 di Sukan Asia Teheran. Layak beberapa kali ke pusingan akhir Piala Asia 1956,60,64, dan 1968
1975 - Tun Abdul Razak - memegang tampuk sekejap sahaja kerana meninggal dunia
1976 - 1983 Tan Sri Hamzah Abu Samah
- Malaysia layak ke Olimpik 1980 dan juga beberapa pusingan akhir Piala Asia di Iran 1976 dan di Kuwait 1980 . 1980 merupakan tahun terakhir Malaysia melayakkan diri secara merit setelah berjaya di pusingan kelayakan, kalau tidak silap diadakan di Thailand.
1984- sekarang Sultan Haji Ahmad Shah
- Layak ke Piala Dunia Remaja 1997 sebagai tuanrumah. Kalah semua perlawanan pusingan awal
- Layak pusingan akhir Piala Asia sebagai tuanrumah 2007. Kena belasah di peringkat kumpulan.
Kalau ada yang mengatakan dahulu kita senang2 sahaja layak ke peringkat akhir Piala Asia kerana tidak banyak pasukan. Habis tu kalau negara-negara sekarang boleh berjaya dan kehadapan kenapakah Malaysia makin hari makin kebelakang?? Sendiri Mau Ingat....
No comments:
Post a Comment