Thursday, March 25, 2010

MEMANG ELOKLAH DIBATALKAN

Berita hari ini menyebut perlawanan persahabatan diantara pasukan negara dan kelab BFC Tero Sasana Thailand dibatalkan atas sebab2 keselamatan. Cakap2Bola telah menulis sebelum ini dan menyarankan agar perlawanan ini dibatalkan kerana FAM seolah menggadai maruah dengan membiarkan pasukan negara melawan sebuah pasukan bertaraf kelab dari Thai. Bilalah agaknya FAM ni nak sedar dan menjaga maruah pasukan kebangsaan. banyak lagi pasukan kebangsaan negara lain yang boleh kita jemput contohnya Iraq, Oman, Turkmenistan dan lain2 lagi. Pasukan Selangor pun kalah lagi di AFC Cup dengan pasukan dari Maldives yang rata2 pemain amatur. APalah nak jadi bola kita ni......

Wednesday, March 24, 2010

DAH LAMA AKU HABAQ PASAI NI......

Bila baca petikan artikel di laman web sahabat bola Sangkunang bertajuk KERISAUAN BUTLER TERHADAP BOLASEPAK MALAYSIA , Cakap2Bola tak terperanjat langsung kerana artikel Cakap2Bola yang terdahulu menekankan betapa pentingnya Kejohanan Antara Kelab2 Asia ini terutama Asian Champions League yang pada Cakap2Bola setaraf dengan UEFA Champions League. Cuba baca artikel2 Cakap2Bola terdahulu antaranya FAM PATUT CONTOHI KELANTAN FA bertarikh 24 April 2009 yang mana Cakap2Bola meminta FAM memberi ganjaran kepada mana2 pasukan Malaysia yang dapat melayakkan diri ke Asian Champions League ini. Negara2 Arab menekankan kejayaan kelab2 mereka di Asian Champions League ini. Tahun lepas Kedah dibelasah 8-2 dengan kelab Vietnam dan tahun ini Selangor menerima nasib yang sama.
FAM patut mengambil langkah yang sewajarnya manakala FA negeri patut mengambil pendekatan yang serius terhadap kejohan kelab2 Asia ini. Bila agaknya kita dapat melihat pasukan malaysia sama taraf dengan Al Hilal, Al Ittihad, Pohang Steelers mahupun Sepahan dari Iran. Camana lah nak maju, sedangkan FAM sendiri mengaturkan perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dengan pasukan bertaraf kelab yang cikai dari Liga S dan Liga Thai...

Sunday, March 21, 2010

PERMULAAN YANG BAGUS BUAT PKNS FC BAWAH 12

Sudah masuk minggu kedua, Kejohanan Liga Komuniti Kebangsaan Bawah 12 berlangsung. Akademi Bolasepak PKNS FC selaku penyandang juara sulung Bawah 11 liga yang sama tahun lepas di beri cabaran yang hebat dari lawan yang dihadapinya. Keputusan setakat ini buat AB PKNS FC :

Minggu pertama : AB PKNS FC 0 MUKL 0
AB PKNS FC 1 GEN PRO 0 ( GenPro merupakan semifinalis tahun lepas)

Minggu kedua : AB PKNS FC 1 SOCCERGURUS 1
AB PKNS FC 4 SPARTAN FC 0

Keputusan perlawanan boleh didapati juga dari laman web NATIONAL JUNIOR U12 COMMUNITY LEAGUE atau dari Laman Facebook PKNS FC.

Wednesday, March 17, 2010

SLOVAKIA 2 MALAYSIA 0


Itu adalah keputusan perlawanan pada Pestabola Merdeka 2001. Ketika itu Slovakia bukan merupakan kuasa besar Eropah. Selepas 9 tahun, Slovakia membuktikan dengan perancangan yang betul, mereka berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2010 sedangkan Malaysia di takuk itu. Walaupun hakikatnya skuad Rajagobal sepatutnya berada di landasan yang betul untuk menghadapi Sukan asia hujung tahun ini, tetapi FAM tetap dengan perangai lama, mengaturkan persahabatan dengan pasukan2 cikai yang bukan bertaraf kebangsaan. Kenapa tidak menjemput Iraq, Oman, Korea Utara, negara2 bekas blok Soviet untuk bermain bersama Malaysia? Pada hakikatnya mereka akan sudi bertandang ke Malaysia jika kena caranya...

Tuesday, March 16, 2010

FAM PATUT BATALKAN RANCANGAN KE THAILAND

Hanya kelab BEC Tero Sasana dari thailand sahaja yang akan bertemu Malaysia pada 27hb ini dan bukannya pasukan kebangsaan Thai. Itu perkhabaran terbaru dari FAM. FAM sepatutnya membatalkan perlawanan kerena FA Thailand memperlekehkan pasukan kita. Walau ada 10 pemain impot pasukan itu, bukan bermakna kita perlu melayan mereka. Ditambah pula pasukan ini hanya menduduki tempat keempat Liga Thailand. Peduli apa dengan pemain impot kelab itu kerana pemain2 impot mereka bukannya star Piala Dunia. Cakap2Bola makin pening dengan halatuju FAM terhadap pasukan Rajagobal ini. Seolah2 tiada perancangan yang lengkap. Main tangkap muat sahaja. dahlah hari tu mereka bertemu pasukan kelab Jepun yang menghuni tangga tercorot Liga S yg berkesudahan seri 0-0, kali ini bersetuju pula dengan kelab Thai yang mungkin setaraf dengan pasukan T Team. FAM perlu menjaga maruah pasukan negara bukan menemukan mereka pasukan2 cikai. Tidak serikkah FAM dengan cara mereka yang lalu, yang sering kali mengundang pasukan2 cikai seperti Afghan, Kampuchea, maldives untuk saingan dengan Malaysia. Sampai bila perkara ini harus berterusan ????

Wednesday, March 10, 2010

PRESIDEN FAM MURKA DGN KENYATAAN HARIAN METRO

Kan Cakap2Bola dah bagitau awal2 akan tentang kebodohan wartawan Harian Metro semalam yang menulis tentang skuad Harimau Muda di Slovakia di dalam artikel Cakap2Bola yang bertajuk JANGAN PERTIKAIKAN PENGHANTARAN HARIMAU MUDA KE SLOVAKIA - PART 2. Suratkhabar Kosmo hari ini di dalam artikel PRESIDEN FAM MURKA. Selalunya Cakap2Bola menegur FAM di dlm blog Cakap2Bola ini tetapi penghantaran skuad Harimau Muda ke Slovakia oleh FAM memang Cakap2Bola bersetuju 100%.
Dari artikel bodoh Harian Metro inilah membuktikan kebanyakan wartawan sekarang menulis berdasarkan niat dan agenda peribadi. Inilah yang berlaku di alam media massa Malaysia sekarang ini yang menyebabkan blogs menjadi alternatif sumber berita masyarakat. Dari penulisan politik, sukan apatah lagi hiburan, kebanyakan wartawan2 menulis seolah2 mereka ini berkuasa , tabur fitnah sana sini dan mahu mangsa yang menjadi hentaman mereka di media massa berlutut kepada mereka.....mereka lupa etika kewartawanan.....ooops blog Cakap2Bola ini hanyalah blog sukan......dan melalut pulak ya.....

Tuesday, March 9, 2010

JGN PERTIKAIKAN PENGHANTARAN HARIMAU MUDA KE SLOVAKIA - PART 2

Bila membaca artikel Harian Metro bertajuk RAJA LAWAK DI SLOVAKIA Cakap2Bola berasa marah akan kebodohan wartawan Harian Metro ini menulis. Pada Cakap2Bola walaupun tiada mata diberi buat setiap perlawanan melibatkan Harimau Muda di Slovakia itu, pendedahan di luarnegara beratus kali lebih baik jika dibandingkan membiarkan Harimau Muda bertanding di dalam Liga Perdana mahupun Liga Singapura. Perkara ini telah Cakap2Bola tekankan di artikel Cakap2Bola terdahulu bertajuk JANGAN PERTIKAIKAN HARIMAU MUDA KE SLOVAKIA.
Pada pendapat Cakap2Bola wartawan Harian Metro ini menulis mungkin ada dendam di hati kerana mungkin mahukan FAM menghantar beliau sendiri ke Slovakia. Cakap2Bola tidak pernah percaya akan penulisan wartawan di akhbar2 perdana kerana mereka menulis penuh tipu muslihat...

Thursday, March 4, 2010

PASUKAN2 YANG LAYAK KE PUSINGAN AKHIR PIALA ASIA 2011

Tiada satu pun pasukan dari Asia Tenggara yang dapat melayakkan diri ke Pusingan Akhir Piala Asia 2011 di Qatar. Thailand , Singapore, Vietnam, Indonesia dan negara kita telah kecundang di pusingan awal. Malaysia awal2 lagi sejak bulan Januari yang lepas telah tersingkir, manakala Singapura dan Thailand baru sahaja tersingkir setelah tewas di tangan lawan masing2 pada 3hb March yang lepas. Singapura yang memerlukan seri telah tewas 2-1 kepada Jordan manakala Thailand yang memerlukan kemenangan telah tewas 1-0 di tangan gergasia Asia iaitu Iran.

Di bawah ini ialah senarai negara2 yang layak ke Pusingan Akhir itu :

Direct bye to the Finals
AFC Asian Cup 2007: Iraq, Saudi Arabia, Korea Republic
AFC Challenge Cup 2008: India
AFC Challenge Cup 2010: DPR Korea
AFC Asian Cup Qatar 2011™ hosts: Qatar

Eligible through qualifying
Group A: Japan, Bahrain
Group B: Australia, Kuwait
Group C: UAE, Uzbekistan
Group D: Syria, China PR
Group E: IR Iran, Jordan

Melihat kepada senarai negara2 yang layak, pada pengamatan Cakap2Bola, skuad kendalian Rajagobal tidak jauh berbeza dengan pasukan2 ini. Contohnya, pada perlawanan persahabatab skuad Rajagobal telah menewaskan Syria 4-1 di KL, seri dgn China 0-0 di KL juga, seri 0-0 dengan Jordan di Amman tahun lepas dan tewas dengan Saudi 2-1 di Dammam. Dari sini kita melihat bahawa skuad kebangsaan di bawah kendalian Rajagobal berada di landasan yang betul dan FAM perlu benar2 ikhlas untuk memajukan skuad ini. Jangan takut untuk mengaturkan perlawanan persahabatan di luar negara malah FAM boleh menghantar skuad ini untuk perlawanan persahabatan di negara2 Amerika Selatan, contohnya baru2 ini Korea Utara yang menetang Venezuela di Caracas.
Apakata FAM masukkan Korea Utara, New Zealand,Iraq di dalam senarai perlawanan persahabatan tahun ini selain dari Qatar dan Korea Selatan yang diwar warkan untuk menentang Malaysia.

BAGUS LER FAM NAK ARRANGE MORE FRIENDLY MATCHES UNTUK SKUAD KEBANGSAAN


gambar perlawanan antara China dan Portugal

Bila baca keputusan perlawanan antara Malaysia dgn kelab Jepun dengan berakhirnya seri, Cakap2Bola merasakan FAM mengambil langkah ke belakang bukan ke depan kerana pasukan2 negara Asia yang lain seperti China dan Qatar mengaturkan perlawanan dengan skuad Piala Dunia Slovenia dan Portugal di Eropah. China tewas di tangan Portugal CHINA 2 PORTUGAL 0 manakala SLOVENIA 4 QATAR 1 di Slovenia.

walaubagaimanapun bila baca kenyataan Setiausaha Agung FAM di laman HARIMAU MALAYA maka terubat sedikit kegusaran Cakap2Bola selaku peminat bolasepak negara kerana Cakap2Bola merasakan ada potensi pada pasukan ini cuma FAM selaku " bapa " kepada sukan bolasepak ini kenalah memupuk potensi skuad ini sehingga menjadi skuad yang disegani di rantau Asia.

Monday, March 1, 2010

KESIAN DAN CABARAN BUAT SKUAD RAJAGOBAL

Kesian pada skuad Rajagobal ini kerana beliau inginkan sekuarang2nya 30 perlawanan persahabatan yang kompetitif tetapi FAM agak sukar untuk mendapatkan pasukan untuk bersaing dengan skuad kebangsaan ini. Agak mengecewakan bila baca artikel KELAB JEPUN GANTI TOGO di dalam Utusan Malaysia ini.
Mengapalah teruk sangat FAM ini sehingga mengambil kelab Jepun yang berpengkalan di Singapura dan bermain di Liga S sahaja. Taraf kelab Jepun ini kemungkinan setaraf dengan PKNS FC sahaja.Lagi baik menjemput kelab2 ternama di Timur tengah seperti Al Hilal atau Al Ittihad dari Saudi ataupun Sepahan dari Iran . Kalau nak dekat sikit, ambil Kelab Pohang Steelers dari Korea. Kelab2 ini sering mengungguli Asian Champions League.
Satu cadangan Cakap2Bola, FAM menghantar skuad kebangsaan ke Afrika Selatan menjelang Piala Dunia kerana pasukan2 ternama Piala Dunia seringkali menginginkan warm up match dengan pasukan2 yang cikai menjelang Piala Dunia. FAM boleh mengaturkan sekurang2 3-4 perlawanan dengan pasukan2 Piala Dunia ini. Pasukan New Zealand pernah berbuat demikian pada tahun 2006 dengan mengatur beberapa perlawanan di Germany termasuk melawan Brazil yang menyaksikan pasukan ini dibelasah teruk. Sekarang ini kita lihat New Zealand sudah beraksi di Piala Dunia 2010, sedangkan pada tahun 2007 pasukan kebangsaan kita di bawah kendalian Norizan Bakar hanya tewas tipis di tangan NZ ini di New Zealand.
Apalagi FAM, hantar sahaja skuad rajagobal ke Afrika Selatan untuk warm up match dengan Brazil, France, Argentina atau mana2 pasukan Piala Dunia sekalipun.