Tuesday, February 9, 2010

JANGAN PERTIKAIKAN HARIMAU MUDA KE SLOVAKIA


Walaupun terdapat kritikan berkenaan penghantaran skuad Harimau Muda ke Slovakia, Cakap2Bola menyokong penuh pemergian skuad ini walaupun hanya bermain hanya 14-17 perlawanan sahaja dan ditempatkan di divisyen yang rendah. Pada Cakap2Bola, liga di Eopah berganda2 lebih elok dari Liga Super kita mahupun Liga Singapura.

Kita lihat bagaimana Akmal Rizal dahulu di zaman kemuncaknya, walaupun sebelum pulang ke tanahair, beliau hanya bermain di divisyen 4 Perancis, tetapi kita melihat begitu jauh mutu permainan Akmal berbanding dengan pemain yang bermain di Liga malaysia. Malah tidak keterlaluan, sewaktu Akmal bermain di Sukan SEA 2001, 2003 dan Kejohanan Piala Tiger 2002 di Singapura, walaupun Malaysia gagal bergelar juara, tetapi kelibat beliau digeruni pemain2 lawan. Tetapi malangnya beliau pulang ke Tanahair, permainan beliau semakin lama semakin merosot ditambah dengan kecederaan demi kecederaan.

Cuma pada pendapat Cakap2Bola, tidak perlu ada Harimau Muda B, cuma FAM perlu fokus kepada skuad kebangsaan ( skuad ini juga skuad Bawah 23 negara) dan Skuad harimau Muda. Pendedahan kepada kedua2 skuad ini perlulah berterusan dengan mengaturkan perlawanan2 yang berkualiti untuk mengekalkan standard permainan yang tinggi dan bukan setakat bermusim. Kita tidak mendengar perancangan skuad kebangsaan untuk 6 bulan ini. Apakah siri perlawanan persahabatan yang akan dilakukan skuad negara atau apakah hanya Hangat2 Tahi Ayam sahaja FAM ini......Cakap2Bola tak perasan pulak, samada bonus RM30,000 untuk pemain kerana memenangi pingat emas Sukan SEA dah ditunaikan ke?

2 comments:

Anonymous said...

Setuju dengan Cakap2bola....

SangBelang said...

biasalah tu brader.dah muak dah dengar cakap berdegar degar FAM yang kononnya nak panggil central training sebulan sekali la, nak banyakkan friendlies la.tapi habuk pun tarak.dorg macam dah hilang punca nak mengurus.kalau ye pun dah mula dengar cakap nak mengurus akar umbi/budak2 muda kita, jangan la yang senior plak dibiar terkapai2..

dan menjawab persoalan bonus FAM yang bro utarakan tu,naseb baek FAM dah tunaikan.saya sendiri hadir dalam acara penyerahan bonus tu hehe.

salam bola.