Friday, February 12, 2010

RATING PERSATUAN2 BOLASEPAK NEGERI

Di bawah ini Cakap2Bola ingin memberi rating kepada Persatuan Bolasepak Negeri . Rating ini bukan berdasarkan persembahan pasukan mereka tetapi lebih kepada aspek pengurusan dan kewangan. Negeri yang mendapat rating rendah adalah kerana sering dibelenggu masalah kewangan dan pemain2 tidak di bayar gaji . Rating 5 menunjukkan yang terbaik, 4 - Baik, 3 - sederhana, 2 - Teruk, 1 - Terlalu Teruk

PERLIS - Rating 3 - Presiden Perlis FA terlalu byk memimpin persatuan sukan negara dan berpolitik dengan Kerajaan Negeri.

KEDAH - 3 - Tiada masalah kewangan tetapi ada unsur2 sabotaj oleh ahli Kedah FA akibat fahaman politik

PENANG - 2 - Tiada pemimpin sukan yang berkaliber untuk memimpin FA.

PERAK - 1 - Hutang lapuk sejak 2006, sehingga gaji pemain tertunggak sejak tahun tersebut.

SELANGOR - 5 -Cekap walaupun terdapat perbezaan fahaman politik. FA diuruskan secara professional malah kelab dibawah gabungannya seperti PKNS FC menunjukkan prestasi yang baik, dari segi pengurusan mahupun kewangan.

KUALA LUMPUR - 2 - Memerlukan sentuhan Tan Sri Elyas Omar semula jika mahu berjaya seperti di tahun 80 dan 90an.

NEGERI SEMBILAN - 5 - Cekap dan tidak pernah ada rungutan gaji.

MELAKA - 1 - Sering mendengar keluhan pemain. Presiden Melaka FA sepatutnya meletakkan jawatan jika tidak berkemampuan untuk menyalurkan bantuan kewangan ke FA. sedangkan Melaka mempunyai banyak sumber kewangan. Presiden terlalu banyak berpolitik.

JOHOR - 5 - Walaupun Johor tidak mengungguli mana2 Piala, tetapi Johor FA amat prihatin terhadap kemajuan pasukan dengan merehatkan jurulatih sertamerta setelah gagal. Ini menunjukan kecekapan pengurusan ditambah adanya beberapa kelab Johor di Liga Malaysia.

PAHANG -1 - Presiden perlu berundur. Masalah gaji pemain sering didengar setiap tahun.

TERENGGANU - 4 - Ada juga terdengar rungutan pemain2 , gaji lambat dibayar.

KELANTAN - 5 - Dengan sumber kewangan terhad, Presiden berjaya mengemudi pasukan dengan sistematik.

SARAWAK - 1 -Boleh dikatakan tidak berkemampuan untuk bertanding.

SABAH - 2 - Memerlukan pemimpin FA yang baik dan kurang berpolitik. Sabah mempunyai bakat bolasepak yang banyak.

No comments: