Saturday, February 27, 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN BARU TERSEDAR DARI LAMUNAN..

Kenyataan Menteri Pelajaran yang juga TPM Malaysia Tan Sri Mahyudin yassin tentang Kementerian Pelajaran akan meningkatkan mutubolasepak dengan menganjurkan liga amatlah dialu-alukan. Cakap2Bola pernah menyentuh di dalam artikel terdahulu akan betapa lembabnya Kementerian Pelajaran dibawah Menteri terdahulu iaitu akan peranan Kementerian didalam memajukan sukan terutama bolasepak. Tiada lagi Liga Zon maupun Majlis Sukan Sekolah Daerah untuk bawah 15 mahupun 18. Penganjuran bolasepak antara sekolah lebih bercorak Pestabala dan hanya dilangsungkan setiap 20 minit separuh masa. Dua hari pertandingan dah tamat Pertandingan Bolasepak sekolah2. Pemenang zon akan terus mewakili ke peringkat zon seterusnya. Bakat2 yang terbaik di sekolah2 yang lain dibiarkan begitu sahaja kerana sekolah mereka tewas. Inilah yng ditekankan di dalam artikel Cakap2Bola terdahulu.
Perkara ini perlu diubah. Sistem yang lama iaitu pertandingan sekolah2 bercorak Liga patut diadakan. Jurulatih daerah perlu dilantik dan bertindak sebagai "talent scout" untuk mencari bakat2. Kem2 Bakat perlu diadakan semula. Liga sekolah2 boleh dijalankan setiap hari Khamis contohnya bermula dari bulan januari sehingga Mac. Sekolah2 akan berlatih di akhir tahun sebelum cuti sekolah. Pemilihan skuad bawah 15 dan 18 dan latihan akan diadakan selepas peperiksaan akhir tahun dan secara tidak langsung tidak akan mengganggu pelajaran.
Cakap2Bola memberi contoh ini kerana berdasarkan pengalaman Cakap2Bola yang bermain di tahun 1982 Liga Sekolah2 JB yg berlangsung didalam format disebutkan di atas. Akibat dari sistem yang betul inilah menjadikan skuad bolasepak sekolah Cakap2Bola Tahun 1982 sekarang ini menjadi orang yang berkarier dalam bidang masing2....secara tidak langsung membuktikan bahawa sukan tidak merosakkan pelajaran anak2.

No comments: