Tuesday, June 30, 2009

Artikel yang aku setuju....dari Berita Harian hari ini

Sasaran Kata: Lawak bola sepak profesional negara-

Tiada idea 'jual' sukan ini kepada penaja, balik-balik kerajaan negeri:

APA sudah jadi dengan bola sepak profesional tempatan. Sana sini kedengaran pasukan negeri mahupun kelab dibayangi masalah kewangan. Hampir setiap tahun sejak liga profesional yang diperkenalkan pada 1994, masalah pemain tak dibayar gaji bulanan dan tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerap dibangkitkan.

Antara negeri yang dilanda masalah kewangan adalah Sarawak, Pahang, Perlis serta Melaka dan terbaru, kelab UPB-MyTeam yang mengambil satu langkah ke depan dengan memohon untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia musim ini. Mengapa selepas lebih daripada 10 tahun liga profesional diperkenalkan, masalah seperti ini masih berlaku? Sebenarnya, ia tidak memerlukan pemikir agung untuk mengesan masalah ini. Apa gunanya liga profesional jika terlalu ramai pegawai di persatuan negeri masih amatur.

Apakah sumbangan mereka dalam menjana pendapatan untuk persatuan negeri selain menagih dana daripada kerajaan negeri? Sikap pegawai persatuan negeri juga agak melucukan apabila menagih pemain pulang berkhidmat untuk negeri kelahiran, sesuatu yang cukup pelik ketika tawaran wang pasti ukuran utama dalam kancah profesional. Tapi, itulah nada yang akan didendangkan persatuan negeri setiap tahun. Ada juga negeri berbelanja dengan tidak mengukur badan sendiri. Ini belum lagi termasuk tindakan 'bayaran tambahan bawah meja' untuk memikat pemain ketika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengehadkan gaji maksimum RM8,000 sebulan sebelum ini. Itulah bola sepak profesional Malaysia. Selagi tiada pegawai profesional menguruskan aliran wang tahunan dengan mengambil kira tajaan dan pendapatan lain, selagi itulah masalah seperti ini akan kita dengar. Apa lagi dengan sikap mahukan kerajaan negeri menghulur bantuan setiap kali tersepit. Bagi penulis, masalah kali ini nampak sudah serius apabila bekas Timbalan Presiden FAM sendiri, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut mencadangkan Liga Malaysia kembali ke era Semi Pro sebagai langkah drastik menyelamatkan bola sepak negara.

Apa tidaknya, semakin jelas kini persatuan negeri tidak mampu menanggung kos menguruskan pasukan dan dengan kembali ke era Semi Pro, yang diperkenalkan pada 1989, pemain masih punya majikan lain untuk membayar gaji bulanan. Kenyataan Tengku Abdullah itu hadir kira-kira 14 bulan selepas ayahandanya, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden FAM, bertegas bola sepak Malaysia tidak akan berundur ke era Semi Pro selepas timbul cadangan sebegitu.

Bagi penulis, apa sahaja perubahan tidak akan ke mana selagi mentaliti pegawai persatuan negeri masih di takuk lama.

Sudah masanya persatuan negeri mewujudkan cabang komersial atau anak syarikat, untuk mencari peluang menjana kewangan yang turut berperanan menguruskan pasukan negeri. Dengan adanya cabang komersial diuruskan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), persatuan negeri boleh melepaskan tanggungjawab kepadanya untuk mencari penaja serta mendapatkan pemain, pastinya dengan persetujuan jurulatih, mengikut peruntukan yang ada.

Tapi persatuan negeri harus serius dengan cara begini, dan bukannya sekadar melantik CEO yang bekerja mengikut cara lama yang tetap menyandarkan kepada penaja sedia ada dan kerajaan negeri. Sebaliknya, CEO dilantik harus orang yang sanggup meneroka ruang dan peluang baru dalam memperkukuhkan sumber kewangan syarikat.

Bola sepak negara memerlukan pendekatan baru bukan saja kepada skuad negara tetapi juga persatuan negeri dalam mengembalikan kegemilangan sukan itu. Cara lapuk dengan pegawai berjiwa amatur yang bertopengkan tugas sukarela sudah ketinggalan zaman. Sikap mahu duduk di kerusi persatuan negeri semata-mata untuk dapat anugerah daripada kerajaan negeri, tanpa ada idea membangunkan bola sepak, hanya akan memberi kesan buruk kepada sukan itu. Jangan salahkan pemain sahaja apabila mengaitkan isu kejatuhan bola sepak negara tapi pegawai yang ada, sama ada di FAM mahupun di persatuan negeri wajar turut mencerminkan diri dan sama-sama harus berani bertanggungjawab.

BANDINGKAN EXCO BAM DAN FAM...SENDIRI MAU FIKIR

Mari kita bandingkan EXCO Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan EXCO Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM).

The BAM Council
President : Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Deputy President:Dato' Roland Wong

Hon. Secretary:P. Ganga Rao

Hon. Treasurer:Dato' Lim Teong Kiat

Vice Presidents:
YAM Tengku Besar Pahang Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah (Pahang)

Dato' Sri Andrew Kam Tai Yeow (Kuala Lumpur)
Datuk Haji Mohamed Al-Amin Haji Abdul Majid (Perak)
Haji Abdul Rahman Mohamad (Johor)
Dato' Dr. Khoo Kim Eng (Melaka)
Dato' Sayed Abu Bakar Abdullah (Terengganu)
Dato' Ir. Liew Chook San (Penang)
Senator Dato' Wan Nordin Che Murat (Perlis)
Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Haji Hussain (Sarawak)
Senator Datuk Maijol Mahap (Sabah)
Teoh Teng Chor (Kedah)

EXCO FAM:

PRESIDENT:
KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in BillahIbni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah

DEPUTY PRESIDENTS:
Dato’ Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad

YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar

VICE PRESIDENTS:
Dato’ Haji Che Mat Jusoh

Affandi Hamzah
Haji Ahamad Mohamad
Dato’ Kapt. Gulzar Mohamad

GENERAL SECRETARY:
Dato’ Azzuddin Ahmad

TREASURER:
Dato’ Cheong Keap Tai

EXCO MEMBERS:
Dato’ Abdul Aziz Abd Rahman

Dato’ Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Dato’ Othman Haji Abd Aziz
Hamidin Mohd Amin
Haji Ibrahim Shamsudin

Yang aku nampaklah, FAM ramai orang politik, dari Timbalan Presiden hinggalah EXCO. Tu sebablah FAM ni macam salah satu Bahagian UMNO. Banyak sangat berkepentingan. Itu sebablah bolasepak kita hanyuttttt.....tu tak sentuh lagi Persatuan Bolasepak negeri. BAM di tadbir secara professional dengan jurulatih terbaik dunia samada dalam negara mahupun dari luar walaupun badminton kita bertaraf dunia. BAM sentiasa ingin mendapatkan jurulatih terbaik dan bukannya secara tangkap muat. Pemain2 muda sentiasa di dedahkan di kejohanan2 luar negara. Tapi FAM .....sebaliknya berlaku......

Monday, June 29, 2009

Prestasi Pimpinan Tertinggi FAM 1958-2009

Mari kita baca sejarah pencapaian bolasepak negara di bawah pimpinan setiap presiden-presiden. Fakta ini di ambil dari web wikipidea, AFC dan juga FAM sendiri. Hanya pencapaian bertaraf Asia sahaja di ambil kira. SEA Games ( dulu SEAP Games) dan Pestabola Merdeka tak masuk buku!

1958 - 1974 - Tuanku Abdul Rahman
  • Malaysia layak ke Olimpik 1972 di Munich dan mendapat tempat ke 3 di Sukan Asia Teheran. Layak beberapa kali ke pusingan akhir Piala Asia 1956,60,64, dan 1968

1975 - Tun Abdul Razak - memegang tampuk sekejap sahaja kerana meninggal dunia

1976 - 1983 Tan Sri Hamzah Abu Samah

  • Malaysia layak ke Olimpik 1980 dan juga beberapa pusingan akhir Piala Asia di Iran 1976 dan di Kuwait 1980 . 1980 merupakan tahun terakhir Malaysia melayakkan diri secara merit setelah berjaya di pusingan kelayakan, kalau tidak silap diadakan di Thailand.

1984- sekarang Sultan Haji Ahmad Shah

  • Layak ke Piala Dunia Remaja 1997 sebagai tuanrumah. Kalah semua perlawanan pusingan awal
  • Layak pusingan akhir Piala Asia sebagai tuanrumah 2007. Kena belasah di peringkat kumpulan.

Kalau ada yang mengatakan dahulu kita senang2 sahaja layak ke peringkat akhir Piala Asia kerana tidak banyak pasukan. Habis tu kalau negara-negara sekarang boleh berjaya dan kehadapan kenapakah Malaysia makin hari makin kebelakang?? Sendiri Mau Ingat....

Sunday, June 28, 2009

BAPA BOREK ANAK RINTIKLAH....


Semalam hampir semua suratkhabar menyiarkan berita tuntutan bekas Pengarah Teknikal FAM, Karl Heinz Weigang. Beliau mendawa FAM berhutang RM130,000 sejak 2 tahun termasuk perubatan pemain kebangsaan !! Apa dah jadi FAM ni?? Makin hari makin teruk!! Kalaulah tuntutan tu tidak betul kenapa tidak diselesaikan? Dah hampir 2 tahun pulak tu! Yang peliknya perubatan pemain kebangsaan pun, beliau terpaksa gunakan duit beliau sendiri. Perlu kita ingatkan di sini bahawa Weigang adalah jurulatih Malaysia yang berjaya membawa pasukan kebangsaan ke Olimpik pada tahun 1980 selain melatih beberapa buah negara ASEAN dan negeri di dalam kancah liga Malaysia .
Jadi tak heranlah kalau pasukan bolasepak negeri tak bayar gaji pemain. Betul2 macam pepatah BAPA BOREK ANAK RINTIK. Beberapa hari lepas pun ada beberapa pasukan di dalam Liga Super dan Perdana mengumumkan untuk menarik diri dari Piala Malaysia contohnya UPB My Team dan Perlis. Yang UPB My Team di ketuai oleh Timbalan Presiden FAM, Mr KJ. Kalau team kelab pun dia tak mampu nak bawak apatah lagi FAM!! Skuad Pahang sekarang jangan cakaplah, memang jadi skuad belasahan sebab dikatakan gaji pun tak bayar!!
Bila dikaji2 balik padanlah FAM lantik jurulatih2 yang tak berkaliber untuk skuad kebangsaan sebagaimana catatan aku terdahulu. Semuanya kerana fulussss.... Aku pun tak pasti bagaimana audited account FAM ini, dimana kesemua perbelanjaan ini pergi sepatutnya dikeluarkan di akhbar. Berapa gaji kakitangan di FAM, elaun AJK, elaun dan tambang perjalanan pasukan dan pegawai2 ke luarnegara, seminar sana sini, yuran utk membawa pasukan luar ke Malaysia....itu semua patut didedahkan kepada umum....Untuk berjaya kita perlu telus dan ikhlas .....

Wednesday, June 24, 2009

KEDAH 2 BINH DOUNG VIETNAM 8


Itulah keputusan Piala AFC pada June 23,2009. Kedah kena belasah teruk oleh kelab dari Vietnam. Kedah selaku juara tiga piala selama 2 tahun Malaysia kena belasah macam gitu sahaja. Lawan pulak dari Vietnam je bukannya dari Australia ataupun kelab Saudi ke jepun ke. Alasan kalah kerana team Vietnam itu ada 8 pemain kebangsaan Vietnam. So what?? Kedah pun apa kurangnya!! Pemain kebangsaan Vietnam sahaja bukannnya pemain kebangsaan Brazil!!!Dari sini kita boleh rumuskan bahawa tahap bolasepak Malaysia memang makin hancur!! dengan Vietnam pun dah tak terlawan!! Jangan pula ada yang memberi alasan Vietnam adalah bukan standard kita!! Habis tu kita ni standard apa!! Standard dgn Laos, Maldives, Afghan ?? Bacalah ulasan2 aku terdahulu, bagaimana caranya kita perlu meningkatkan mutu bolasepak kita.Salah satunya ialah kelab Malaysia perlu berjaya di peringkat Asia samada Piala AFC mahupun Asian Champions League. Aku pun dah malas nak tulis berulang kali. Aku kesian pada jurulatih Kedah Azrai Khor Abdullah sebab aku nampak dia ada kualiti jurulatih yang baik. Mana ada jurulatih tempatan yang boleh bolot 3 piala dalam masa setahun lepas tu 2 tahun berturut2!! Azrai Khor pun mempunyai sikap yang bagus kerana bercita2 membawa Kedah ke pusingan suku akhir Piala AFC. Malangnya kuasa dan pembangunan bolasepak Malaysia bukan di tangan beliau. Kuasa itu hanya ada pada FAM. Hanya satu jalan untuk menyelamatkan mutu bolasepak Malaysia. Presiden FAM dan kesemua jawatankuasanya PERLU BERUNDUR SECARA TERHORMAT demi masa depan bolasepak negara.

Monday, June 22, 2009

BERKONGRES LAGI FAM? RUMUSANNYA KAJI BALIK FORMAT LIGA


Baca paper hari ni, aku nak tergelak...bukan sebab apa...FAM berkongres lagi...takpelah tu Kongres Tahunan ...Yang ke 46 pulak tu...kat hotel lagi...tapi bola Malaysia tahap tu..makin kebelakang.....Presiden pun tak mai...Timbalan Presiden KJ pun tak nampak muka pun dalam gambar tu..... Teks ucapan Presiden dibaca oleh Timbalan Presiden yg satu lagi Datuk Redzuan Sheikh Ahmad. Yang aku gelak satu lagi, Presiden suruh kaji balik format Liga samada Liga Super atau Liga Perdana. Liga Semi Pro mula diperkenalkan pada tahun1989, dah 20 tahun , mengapa sekarang baru sedar yang Liga kita ni tidak mencapai kemajuan. Kalau budak lahir tahun 1989 tu dah nak graduate diploma dah...tapi FAM baru tersedar!!. Sedangkan sejak mula2 diperkenalkan, orang ramai dah bagi warning jangan hendaknya Liga M ni menjadikan Malaysia seperti Hong Kong. Hong Kong telah memperkenalkan Liga Pro sejak tahun 70an lagi, ada pemain Malaysia yang berhijrah ke sana contohnya penjaga gol Chow Chee Keong tapi kita lihat bagaimana taraf bolasepak Hong Kong. Malah kita tidak malu untuk katakan bahawa bolasepak kita lagi teruk dari Hong Kong sekarang ini. Pernah aku terbaca, B Sathianathan mengatakan bahawa Hong Kong pun tak mau friendly match dengan kita.

Walaubagaimanapun sekurang2nya FAM tersedar dari tidur. Bukan hanya Thai atau Myanmar sahaja yang Liga Pronya kecil tapi negara2 Timur Tengah juga begitu. Perkara ini telah aku perkatakan di dalam posting aku yang terdahulu. Kita perlukan Liga dan pasukan yang berkualiti di dalam Liga M kita. Dengan cara ini kita akan dapat kelompok pemain dan jurulatih yang terbaik. Liga Pro ini pun setakat 8 pasukan pun sudah memadai tidak perlu terlalu nostalgia dengan format Piala Malaysia yang terdahulu. Negeri-negeri yang tidak perform atau tidak berkemampuan membayar gaji pemain, perlu kita singkirkan contohnya Pahang, Melaka, Perak,Sarawak,Sabah dan Pulau Pinang. Aku berani bertaruh tiada siapa pun di dalam Jawatankuasa FAM ini yang sanggup menyingkirkan Pahang.Semuanya kaki bodek walaupun pemain2 Pahang sekarang ini ikat perut untuk hidup.

Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa terdapatnya kelab2 yang mempunyai kedudukan kewangan dan pengurusan yang kukuh lagi teratur, contohnya KL PLUS, Felda United, PKNS,Johor FC dan mungkin KM Naza. UPB My Team sudah mula goncang sekarang dan mula kedengaran pemain2 pun tidak dibayar gaji.

Disini pada pengamatan aku, pasukan2 yang BERKEMAMPUAN untuk bertanding di dalam Liga Pro Malaysia dan dipecahkan ke dua division atau dua kumpulan:


  • Johor

  • N.Sembilan

  • Selangor

  • Kedah

  • Perlis

  • Kelantan

  • Terengganu

  • KL Plus

  • Selangor PKNS

  • KM Naza

  • Felda United

  • Johor FC

  • Harimau Muda

  • Proton FC

Mungkin boleh digenapkan kepada 16 pasukan dan dipecahkan 8 pasukan setiap satu kumpulan. Kita balik semula ke format Piala Malaysia tahun 70an dengan johan dan naib johan kumpulan akan bertemu di pusingan separuh akhir. Setiap kumpulan cukup sekadar perlawanan home & away. Pasukan-pasukan yang tidak disebutkan di atas cuma layak untuk bertanding Piala FAM untuk pasukan amatur atau semi pro sahaja. Piala FA di buka kepada semua pasukan sebagaimana sekarang termasuk pasukan-pasukan amatur. Biar masa Liga Pro pendek agar tumpuan kepada skuad kebangsaan dapat diberikan.




Tuesday, June 16, 2009

Selepas di latih oleh Kementerian Pelajaran, bila FAM ambil alih mesti skuad hancur

Bila aku baca artikel Kosmo hari ini dan aku pamirkan di bawah ini, aku sentiasa tabik kepada Kementerian Pelajaran melalui Majlis Sukan Sekolah2 Malaysia (MSSM) yang sentiasa giat mencari bakat2 baru dalam apa jua bidang sukan. Dalam kes terbaru, kementerian Pelajaran, MSN mengumpul bakat2 bawah 15 tahun untuk membentuk skuad bawah 15 bolasepak negara.

PENUBUHAN skuad bawah 15 tahun (B-15) kebangsaan akan bertindak sebagai penentu masa depan bola sepak negara. Jika gagal, bererti sukan No. 1 negara itu akan terus melalui kemalapan.
Namun, fungsi penubuhannya lebih tertumpu kepada usaha mengembalikan kegemilangan.
Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Atas kesedaran itu maka terbentuklah skuad B-15 yang diharap dapat membawa sinar baru kepada bola sepak negara.
Skuad yang disertai pemain berusia 15 tahun itu memiliki tugas penting.
Mereka perlu memiliki semangat juang yang tinggi serta berdaya saing.
Hanya dengan cara itu, mereka akan tampil lebih yakin untuk bersaing di pentas antarabangsa.
Tumpuan yang akan diberikan kepada skuad muda negara ini adalah pendedahan pada peringkat kompeti- tif serta latihan yang sistematik.
Kepantasan, kreativiti serta kecekapan mencuri peluang akan diberi keutamaan.
Sebagai permulaan, 23 pemain telah dipilih dari seluruh negara dan mereka kini sedang giat menjalani latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Aminuddin Hussin 43, bertindak sebagai ketua jurulatih dan dibantu oleh C. Parasivam, manakala Richard Nelson Scully pula melatih penjaga gol.
Menurutnya, skuad B-15 ini adalah pasukan masa depan negara.
"Jika mereka bekerja kuat dari sekarang, mereka akan menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa akan datang. Matlamat kami ialah untuk tampil sebagai sebuah pasukan yang berdaya saing," katanya.
Aminuddin yang juga bekas pemain pertahanan Negeri Sembilan pada 1987 hingga 1994 berkata, skuad B-15 yang ditempatkan di SSBJ juga memiliki misi penting iaitu untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Piala Dunia Bawah 17 pada tahun 2011.
"
Malaysia tidak pernah layak ke Kejohanan Piala Dunia B-17 sebelum ini, dan penubuhan pasukan ini juga mempunyai misi ke arah itu," katanya.
Pemain yang dipilih menyertai skuad B-15 ini ditentukan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) masing-masing dan nama yang disenarai pendek itu diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan untuk membuat pemilihan terakhir.
"Mereka ditapis semula oleh jawa- tankuasa pemilihan sebelum ditempatkan di SSBJ.
"Pasukan pelapis negara ini diwujudkan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.
Menurut Aminuddin lagi, pemain turut didedahkan dengan latihan fizi kal dan mental selain memberi pene- kanan kepada aspek taktikal, kreati- viti dan ketangkasan."

Selain itu katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN) bagi menilai perkemba- ngan seseorang pemain itu.
"Melalui kerjasama ISN, kita mendapat data setiap pemain serta kemampuan mereka menerusi ujian penilaian yang di lakukan dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga bercadang untuk mengadakan latihan di luar negara seperti Slovekia pada September depan sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 16 tahun.
"Apa pun, saya boleh katakan bahawa ini adalah skuad masa depan negara."

Sebagaimana tajuk artikel aku ini maupun artikel aku terdahulu, mengapa budak2 ini bila di ambilalih oleh FAM jadi hancur sebagaimana skuad kebangsaan sedangkan sewaktu usia muda mereka mampu bersaing dengan mana2 pasukan di dunia. Kita baca artikel di atas itu, sekali lagi aku dibelenggu persoalan, apakah kriteria untuk menjadi jurulatih skuad bolasepak negara? Siapa2 pun boleh ke? Itu aku tak sentuh jurulatih Futsal negara. Siapa yang menentukan position jurulatih ini ? Ada panel dalam FAM ke atau main tangkap muat ? Musykil...musykil...itu sebablah bolasepak negara tak maju maju. Ataupun mereka ini jadi coach secara sukarela?

Mari kita tatap nama2 jurulatih FAM:

Skuad Senior dan B23 - K Rajagopal

Skuad B19(Harimau Muda) - Ong Kim Swee

Skuad B15 - Aminuddin Hussin dibantu oleh C Parasivam, Richard Nelson Scully ( nama macam mat salleh tapi sama dgn Parasivam)

Skuad Futsal . P Balakrishnan - ni langsung aku tak pernah dengar dia sebagai player kebangsaan???

So kita bolehlah buat andaian, sesiapa pun boleh jadi coach Malaysia kerana tak perlu ada kriteria dari FAM. Itu sebab bolasepak negara tak maju2.



Sunday, June 14, 2009

ARSENE WENGER KATA PEMAIN MUDA KITA ADA PAKEJ


PETIKAN DARI KOSMO 10 Jun -


PEMAIN skuad bola sepak bawah 20 tahun negara mempunyai pakej lengkap untuk menjadi pemain profesional, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.
Demikian pengakuan pengurus Arsenal, Arsene Wenger semalam.
Menurutnya, pemain muda negara itu mempunyai bakat asas untuk menjadi seorang bintang bola sepak berkualiti.
Namun apa yang diharapkan Wenger, semua pemain muda negara itu dapat mengekalkan kualiti persembahan permainan, personaliti serta menjaga kekuatan mental mereka.
"Mereka (pemain Harimau Muda) memiliki bakat asas. Umur antara 19 hingga 23 tahun ini merupakan peringkat penting untuk menjadi pemain bertaraf bintang.
"Tapi mereka tidak akan menjadi bintang jika tidak terus berusaha keras. Perlu ada daya usaha sendiri untuk mencapai tahap tersebut," katanya.
Wenger berkata demikian pada sidang media selepas mengendalikan klinik latihan selama sejam dengan skuad Harimau Muda sempena Lawatan Castrol Arsene Wenger ke Asia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.
Pada klinik tersebut, Wenger sambil dibantu jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mengendalikan tiga jenis ujian kepada 20 pemain Harimau Muda iaitu larian pecut 20 meter, larian T dan lompatan menegak serta perlawanan lima sebelah.
"Bagi ujian larian 20 meter, pemain perlu catat masa kurang tiga saat. Jika dapat catat di bawah 2.8 saat, itu cukup baik. Terdapat dua pemain Harimau Muda yang berjaya mencatat 2.67 saat dan 2.71 saat.
"Berdasarkan latihan hari ini (semalam), saya lihat pemain skuad ini mempunyai kepelbagaian, kualiti pada teknik mereka dan saya rasa mereka ini mampu bersaing di peringkat Asia," jelas Wenger.
Ditanya lanjut mengenai bola sepak Malaysia, Wenger yang kali kedua berkunjung ke negara ini selepas kali pertama pada 1999 ketika Arsenal menewaskan Malaysia 2-0 berkata, dia tidak mengetahui langsung tentang perkembangan semasa bola sepak di negara ini.
"Apa yang saya nampak hanyalah ketika kami bertemu Malaysia pada 10 tahun yang lalu. Di Eropah, kami tidak terdedah sangat tentang perkembangan terkini bola sepak di Asia.
"Kalau ada pun, saya hanya mengikuti Liga Jepun dan juga melihat keputusan perlawanan antarabangsa. Jika ditanya tentang kualiti liga domestik negara-negara Asia, itu saya tak tahu," jelasnya jujur.
Namun, Wenger sempat meninggalkan sedikit nasihat buat pemain bola sepak Malaysia apabila pengurus veteran berusia 60 tahun itu melihat dua aspek, jurulatih berkualiti dan pemain muda berkualiti sebagai teras utama untuk memperkasakan bola sepak di negara ini.
"Untuk meningkat, kamu kena mendidik pemain muda menjadi seorang pemain yang berkualiti. Untuk mencapainya, kamu kena memiliki jurulatih yang berkualiti.
"Pelaburan perlu dibuat untuk melahirkan jurulatih berkualiti dan pemain muda berkualiti ini. Kebanyakan pasukan hanya menumpukan skuad utama dan kejayaan skuad utama, bukannya pembangunan skuad remaja," ujar Wenger.
Fikirkanlah nasihat Arsene Wenger itu. Cuba lihat ayat di atas yang sengaja di merah kan. Sebagaimana yang pernah diperkatakan, kita perlu jurulatih berkualiti untuk meningkatkan pasukan kebangsaan. kalau kita mau skuad kebangsaan bertaraf dunia, ambil saja world class coach. Yang terbaik kita perlu membayarnya. Tiada yang percuma. Ibarat kita hantar anak kita ke pusat tuition semata2 untuk melihat mereka berjaya dan bersaing di dalam pelajaran. Felippe Scolari pun dah diambil sebagai coach oleh satu kelab dari Uzbekistan. Kenapa Malaysia tak mencuba? Kalau tak silap, aku pernah membaca satu laporan akhbar bahawa ada tuntutan gaji dari bekas jurulatih B Sathianathan dan bekas Setiausaha Agung FAM Datuk Dell Akbar terhadap FAM. Maknanya kantung FAM dah tenat ke? Kenapa tak dihebohkan dalam suratkhabar?? Jawapannya mudah...baca tujuan aku buat blog ini....editor2 akhbar semua cari makan dan dapat Datuk pun dari mana??? FAM kenalah bergerak sebagai satu syarikat. Bila perlawanan bermutu baik dari liga tempatan maupun melibatkan pasukan kebangsaan, stadium akan penuh. Cuba lihat artikel aku terdahulu, nak dapat tiket nak tonton MU lawan Malaysia pun dah sold out. Tak rugi berbelanja mendapatkan jurulatih terbaik jika hasil pelaburannya berbaloi.


CAKAP2BOLA KEMBALI


Minta maaflah kerana blog ni dah hampir 2 minggu tak diupdate. Cuti sekolah punya pasal. Cari tiket bola Malaysia lawan MU sehingga ke Al Ikhsan di Jejambat PLUS Air Keroh dan Tebrau City, Johor pun jawapan yang diterima adalah "....dah habis encik ...tiket RM308 adalah...." pelik betul...dalam paper kata masih ada lagi. Nak beli tiket RM308, nak mampus, dia ingat aku ni setaraf dengan Vincent Tan, Syed Mokhtar atau Halim Saad agaknya.Nak beli 4 tiket dah lebih RM1200!! Kalau puak2 politik mesti tengah kenen nak dapat tiket free. Tu untungnya pegang jawatan dalam FAM, mesti banyak tiket free, tu yang sampai tak nak lepaskan jawatan walaupun peminat bola tempatan bukan lagi berkokok tapi dah menyalak pun buat tak dengar. Banyak kemudahan yang boleh dikaut dan bukan lagi untuk meningkatkan taraf bolasepak negara. Oleh kerana susah sangat nak dapat tiket maka kita doalah agar game ini disiarkan secara langsung. Yang lagi pelik, game ni main pukul 5 petang !! Gila!! Macam perlawanan taraf daerah je!! Piala Presiden pun kekadang main malam gak!! Pening2...