Wednesday, August 5, 2009

RANKING NAIK 2 TAKUK...FAM BERKOKOK MACAM MENANG WORLD CUP

Ranking FIFA yang terbaru ini melihatkan Malaysia naik dua takuk kepada kedudukan 157. FAM punyalah happy seolah2 Malaysia menang World Cup. Macam2 dia pujinya si Rajagobal ini. Cuba baca Utusan hari ini. Punya lah haprak Utusan dan FAM ini, tidak kah mereka perasan bahawa Maldives dah di tangga ke 156!! Pasukan amatur ini yang dianggotai oleh nelayan boleh berada setakuk di atas Malaysia. Kalau cam tu ambik je jurulatih Maldive jadi jurulatih Malaysia.
FAM atau Utusan tak perasan ke di mana ranking Negara tetangga kita? Singapura di tangga 127 naik 7 anaktangga, manakala Indonesia di ranking 132 naik 6 anaktangga. Apalah FAM ni, tadbir persatuan seolah2 macam peminat sukan ni bodoh sangat atau tak tahu IT. Yg suratkhabar ni pun satu, kalau ya pun nak bodek bandingkanlah prestasi negara2 lain dalam ranking FIFA tu….Itulah sebabnya blog Cakap2Bola ni wujudkan….akhbar2 arus perdana hanya pandai membodek….

1 comment:

meor-name-depan-ku said...

Brazil turun ke tangga ke 2,3 ranking dunia coach dah kene pecat...

dari sini boleh tengok standard bolasepak kite...

pikior lerr sesama.....