Tuesday, August 4, 2009

KELANTAN FA BANYAK DUIT...BAWAK 83 ORG PERGI OLD TRAFFORD!!

Kelab dan persatuan bolasepak negeri lain kebanyakannya kantung dah kering tapi Kelantan FA kaya raya. Apa taknya, jadi naib juara Piala FA bawak 83 orang pergi Old Trafford 13hb Ogos ni. Pemain dan pegawai hanya 35 orang sahaja tapi rombongan 83 orang....Agaknya pemain2 bawak keluarga atau pun ramai yang menumpang semangkuk.Kalau pemain2 bwk keluarga okaylah ada alasan. Bayangkanlah kalau Kelantan menang Piala Malaysia ke atau 4 piala sekaligus...mau satu Malaya dia bawak gi Old Trafford. Kalau bawak pemain2 baguslah ....takut ramai penumpang yang takde kena mengena cari kesempatan....bacalah petikan Utusan hari ini di bawah ini:

Kijang ke Old Trafford 13 Ogos

KOTA BHARU - Sebagaimana yang dijanjikan sebagai hadiah rangsangan, skuad Kijang yang mencipta sejarah layak ke perlawanan akhir Piala FA akan berlepas ke Old Trafford, Manchester pada 13 Ogos ini dalam program 'lawatan sambil belajar'.

Sepanjang berada di sana sehingga 23 Ogos, mereka dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Manchester City pada 18 Ogos ini dan menentang Birmingham pada 20 Ogos.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, perlawanan itu jika menjadi kenyataan diharapkan dapat memberi pendedahan kepada pemain-pemain uda Kelantan tentang tahap profesionalisme pasukan ternama.

Bercakap kepada media media dalam majlis taklimat lawatan pasukan Kelantan ke Old Trafford di Wisma KAFA di Kota Bharu, semalam beliau berkata, pengalaman di England kelak tidak harus disia-siakan.

Katanya, pemain Kelantan juga berpeluang menyaksikan perlawanan pembukaan Liga Perdana England musim baru antara Manchester United menentang Birmingham pada 15 Ogos ini.

''Jumlah keseluruhan yang mengikuti lawatan itu ialah seramai 83 termasuk 35 barisan pemain pasukan Kelantan dan pegawainya.

''Turut mengikuti lawatan itu peminat pasukan Kelantan yang ingin bercuti bersama pemain Kelantan," katanya.

Menurutnya, mereka juga melancong ke beberapa destinasi menarik di sekitar London, bandar Oxford dan Birmingham.

''Saya mengharapkan lawatan itu akan dapat memberi suntikan semangat baru kepada pemain untuk meneruskan perjuangan dalam saingan Piala Malaysia selepas ini," ujarnya

2 comments:

redzai said...

penyibuk yg ramai tu.......kalau bab perabih duit depa memeng terer

footballhooliganz said...

aq dpt twrn wat trial kat UK club man city. mslhnye aq x ckup duit nk g sne n x de pasport.dh bpe bnyk email aq antar kat smua persatuan bolasepak dlm negara ne tpi hampeh.jgn nyesal la klab dlm negara ne klu aq dpt jdi player man city.