Pasukan kebangsaan akan menentang Kenya, selepas tu China pada minggu ini. 30hb pergi Saudi friendly match dgn skuad kebangsaan Saudi. Ini yang kita mau FAM. Friendly match dgn pasukan yg bermutu. Jangan pulak last minute kensel FAM ya dgn alasan H1N1......kapal penuhlah sebab ramai org buat umrah Ramadan....lagi satu jangan pula bila gi Saudi ni ramai pegawai dari pemain2 ...baca artikel Utusan di bawah ni:
KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi jaminan bahawa lawan Malaysia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam esok, Kenya akan membawa skuad kebangsaan sebenar mereka.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, ia turut disahkan oleh persatuan bola sepak negara Afrika itu sekali gus menyangkal kemungkinan pihaknya 'diperdayakan lagi' seperti oleh sebuah kelab Manotapa yang mendakwa merekalah skuad Zimbabwe pada 12 dan 14 Julai lalu.
"Kami telah berhubung dan diberikan jaminan bahawa inilah skuad kebangsaan mereka. Tidak perlu untuk diselidik lagi," katanya kepada Utusan Malaysia mengenai skuad K. Rajagopal yang menentang Kenya jam 8.45 malam esok.
Kenya merupakan lawan sulung antarabangsa skuad negara yang kini dibarisi sebahagian besar pemain Harimau Muda dan pemain bawah 23 tahun yang dibentuk bagi menghadapi Sukan SEA XXV di Laos, Disember ini.
Selain Kenya yang berkedudukan ke-105 dunia, Malaysia (No. 152) turut akan menghadapi pasukan kebangsaan China pada 15 Ogos, juga di Shah Alam pada 5.30 petang dan mengunjungi Arab Saudi tanggal 30 Ogos.
Sebarang keputusan dalam ketiga-tiga perlawanan persahabatan ini akan turut mempengaruhi ranking dunia skuad negara memandangkan sudah tersenarai dalam jadual Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai perlawanan kelas 'A'.
Kali terakhir China menentang Malaysia berkesudahan mereka menang 5-1 pada perlawanan Kumpulan C pusingan akhir Piala Asia 2007 di Stadium Nasional, Bukit Jalil manakala Arab Saudi kini di tangga ke-64 dunia.
servis kete
2 weeks ago
9 comments:
Bro..perlawanan antara Malaysia dengan China,Kenya dan Arab Saudi tidak lagi diiktiraf FIFA sebagai perlawanan kelas 'A'.
FIFA menarik balik status perlawanan tersebut kerana Malaysia hanya menurunkan skuad 23 tahun.
Bro boleh bukak website FIFA tengok fixtures and Results malaysia yang terkini.
aku memang hangin ngan FAM ngan utusan yang selalu mengeluarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta yang betul.
diorang ingat semua pembaca dan peminat ni dungu sangat.
betul tu bro....apa mangkuk sangat FAM ni heboh kata skuad tu U23..diam2 je lah...macamlah senior skuad Malaysia ni taraf England....opponent kita ni silap2 turunkan U18 je lawan U23 kita...hampeh punya FAM...Utusan memanglah tak boleh dipercayai
aku ade gak antar emel kt wartawan yang tulis artikel 'kenya asli uji malysia' dalam utusan kelmarin.tapi takat ni xda maklum balas lagi.
bro ade x alamat emel fam ke,azudin ahmad ke...aku nk hentam skit.
ataupun emel rajagopal k gak.
bagi aku ranking tetap penting bro..ranking yg bagus leh mudahkan kita nk wat friendly kt team yg bagus,xla diaorg antar kelab je lawan kita.
kita bukan slalu dapat lawan kenya,china atau saudi..aku tau mgkin diaorg tertarik angan aksi kita lawan M.U tempoh hari.tapi persoalannya kita xkan dapat selalu pluang lawan M.U dan kalau dapat pun x semestinya kita leh ulangi aksi dan results yang sama.
apapun aku hargai sumbangan insan2 cam ko ni bro...aku harap sangat org2 FAM dapat bukak blog2 yg cam ni. aku nak buat,tapi xpandei IT sgt.
tq bro...aku banyak kali hantar pada suratkhabar, tegur cara FAM tapi ....aku rasa mmg dia masuk bakul sampah. Sebab tu lah aku buat blog ni cuma aku harap blog ni dpat di baca oleh peminat2 bola kita
e mel mereka tak salah aku ada kat laman FAM...tapi yg hampehnya web FAM pun tak di updatekan
ni emel aku kpd utusan.
merujuk kepada tulisan encik dalam utusan malaysia bertarikh 11 ogos 2009 yang bertajuk 'Kenya asli uji Malaysia' saya ingin menarik perhatian encik berhubung kenyataan encik yang berbunyi,
"Sebarang keputusan dalam ketiga-tiga perlawanan ini akan turut mempengaruhi ranking dunia skuad negara memandangkan sudah tersenarai dalam jadual FIFA sebagai perlawanan kelas 'A'."
Untuk makluman, ketiga-tiga perlawanan tersebut TIDAK LAGI diiktiraf FIFA sebagai kelas 'A' kerana skuad negara hanya menurunkan skuad 23 sahaja.
sila rujuk :
....(web fifa)
saya berharap agar saudara lebih peka apabila mengeluarkan sebarang kenyataan kerana sebarang kenyataan yang tidak berasaskan fakta yang betul akan mengundang rasa tidak puas hati pembaca.
sila hormati pembaca kerana tidak semua pembaca tidak tahu apa-apa.
wasalam.
Dia dah reply...
ASSALAMUALAIKUM, TERIMA KASIH SAUDARA KERANA MEMBERIKAN KOMEN MEMBINA DAN BERINFORMASI BUAT SAYA, SEBENARNYA TIDAK CUKUP DAN TIDAK AFDAL KALAU KITA BERPANDUKAN LAMAN WEB FIFA KERANA MEREKA DI SANA PUN MASIH PERLU BERGANTUNG KEPADA PENGANJUR PERLAWANAN ATAU LEBIH TEPAT, PIHAK KETIGA YANG BERADA DI GELANGGANG PERLAWANAN, KADANGKALA TERMASUK WAKIL MEDIA MASSA SENDIRI.
SEPANJANG PENGALAMAN SAYA MEMBUAT LIPUTAN PERLAWANAN BOLA SEPAK TEMPATAN ATAU ANTARABANGSA, TIDAK PERNAH SAYA TEMUI WAKIL DARIPADA FIFA YANG MEMANTAU SEBARANG KEGIATAN DI ATAS MAHUPUN AFC (GABUNGAN BOLA SEPAK ASIA).
SAYA HENDAK BERTANYA KEPADA SAUDARA, BERAPA KALIKAH SAUDARA (MUNGKIN DARI TUMPAT, KELANTAN) DATANG MENYAKSIKAN PERLAWANAN PERSAHABATAN ATAU KEJOHANAN ANTARABANGSA YANG MELIBATKAN SKUAD NEGARA DI LEMBAH KLANG ATAU DI LUARNYA?
BUAT MAKLUMAN SAUDARA, SAYA SUDAH BERTANYAKAN HAL PERLAWANAN KELAS A INI KEPADA PIHAK FAM DAN JURULATIH NEGARA, K. RAJAGOPAL SENDIRI. TIDAK SEMESTINYA KITA KENA TURUNKAN PEMAIN YANG LEBIH UMUR 23 TAHUN ATAU SENIOR UNTUK MENDAPATKAN KELAS A ITU, SELAGI KITA MEMAKAI JERSI MALAYSIA DAN PERLAWANAN ITU DIRESTUI FAM DI BAWAH STATUS PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA, SUDAH MEMADAI UNTUK DIJADIKAN ASAS YANG MEMPENGARUHI RANKING.
PEMILIHAN PEMAIN HENDAK PAKAI SENIOR ATAU BAWAH 23 ITU TERSERAH KEPADA JURULATIH YANG MEMPUNYAI CITA RASA DAN WAWASANNYA DALAM MENGHADAPI TUGASAN YANG LEBIH BESAR DAN KEMUNCAK SEPERTI TAHUN INI, SUKAN SEA LAOS 2009 WALAUPUN KITA MASIH ADA TIGA LAGI PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2011 (DUA PADA NOVEMBER INI MENENTANG UZBEKISTAN).
ANDA SALAH BESAR KALAU MENGANGGAP SAYA TIDAK PEKA DENGAN KENYATAAN ITU ATAU MENGANGGAP PEMBACA TIDAK TAHU APA-APA TENTANG BOLA SEPAK. SAYA SENTIASA MENGALU-ALUKAN KOMEN DARIPADA ANDA PEMBACA, YANG SEDIHNYA IALAH APABILA SAYA MENULIS PELBAGAI ISU YANG MEMBINA DAN ARTIKEL YANG MEMPROMOSI BOLA SEPAK, TIADA PULA SAUDARA HENDAK MENGHANTAR KOMEN MEMUJI ATAU MENGHARGAI SEBALIKNYA SUNGGUH PANTAS DALAM MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN.
SAYA HARAP KITA DAPAT BERTEMU UNTUK BERBUAL LEBIH LANJUT DAN TERBUKA MENGENAI BOLA SEPAK MALAYSIA JIKA ANDA BERKESEMPATAN MENONTON PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA MENENTANG CHINA (SABTU INI), HARI INI (MELAWAN KENYA SAYA MASIH BERTUGAS DI TEMPAT LAIN).
WASSALAM.
apa yang baik dan elok......... kita ambil..
yang lemah dan buruk jangan ulang dan puji...
korg percaya x nama agent bolasepak ne...Ferguson Miguel,FIFA Licensed Agent.
aq ada visit laman web socceragent.net. pas 2 tiba2 agent ne email aq. dia kata ada kelab epl nk bgi aq wat trial. kelab 2 man city. korg rse patut x aq pcya dengan mamat ne....
Post a Comment