Wednesday, May 13, 2009

Perlukah Pembabitan kerabat Diraja di dalam sukan??

Institusi Raja adalah satu institusi yang sepatutnya dihormati oleh rakyat Malaysia. Pembabitan kerabat diraja didalam organisasi sukan adalah kerana minat yang mendalam dikalangan mereka terhadap sesuatu bidang sukan itu dan bukannya sebagaimana tokoh politik yang menggunakan organisasi sukan sebagai platform untuk membuat mereka glamour dan terkenal dan untuk mendapatkan " political mileage " walaupun pengetahuan sukan mereka agak dangkal. Penglibatan kerabat diraja juga kadangkala membuatkan tabung2 persatuan sukan ini terisi .
Tetapi disebaliknya, perkara yang diimpikan untuk kegemilangan sukan tidak berlaku. Kemerosotan demi kemerosotan muncul. Peminat-peminat sukan sudah mula marah atas dasar kapasiti kerabat diraja ini sebagai Presiden persatuan sukan dan bukannya sebagai Raja. Penghormatan terhadap institusi ini telah mula terhakis ataupun hilang akibat dari kegagalan demi kegalan pasukan sukan yang diterajui oleh kerabat diraja ini. Timbalan dan Naib2 Presiden hanyalah Pak Angguk di sekeliling Presiden semata-mata untuk mendapatkan manfaat dari kerabat ini. Tiada siapa yang berani membantah atau mengeluarkan idea walaupun kerabat diraja ini hanyalah Presiden Persatuan sukan sahaja. Membantah bukan bereerti derhaka kerana bantahan hanya kepada Presiden persatuan sukan. Maka , perjalanan persatuan sukan ini berjalan dengan syok sendiri...dengan kemewahan...seminar sana sini walaupun poket persatuan kosong hinggakan gaji pemain tak terbayar sebagaimana FA Pahang.
Untuk mengembalikan penghormatan rakyat kepada institusi raja ini, maka mereka janganlah dibenarkan memegang tampuk mana2 presidensi persatuan kerana sudah tentunya tampuk Presiden akan dipegang sehingga akhir hayat. Presiden persatuan boleh dicabar tapi ada beranikah pak2 angguk untuk menentang kerabat ini walaupun undang2 tidak melarang. Oleh itu untuk mengembalikan keunggulan sukan negara, biarlah rakyat jelata yang menguasainya sebagaimana lancarnya organisasi Persatuan Badminton Malaysia yang diterajui oleh Datuk Nadzmi,,seorang tokoh korporat ataupun sebagaimana Tan Sri Elyas Omar menerajui FA Kuala Lumpur pada pertengahan tahun 1980an yang dapat mengharumkan persatuan2 sukan di bawah mereka itu.

4 comments:

leman said...

mereka hanya mengharapkan habuan semata-mata.....coach tak boleh pileh pemain...management yg tentukan, bila seminar/pesta/rombongan perlawanan ramai "officials" dari pemain...abis semua sanak sedara/kerabat/dayang2/artis2 dikarong atas perbelanjaan siapa....bila kalah pemain yg dipersalahkan, bila menang..."kita berjaya" walaupun dapat tempat ke EMPAT.....tengok contoh Europe...kalah jer.....lu pikir sendirilah......chow u go man....citer / komen tak abis kering satu lautanpun selagi raja2 dan yg berperangai macam raja mengepalai FAM dll.....hancurlah sukan dan juga negara...klalau dulu slogan "Majulah SUKAN untuk NEGARA" now "HANCURlah NEGARA kerana sukan..."atau HANCuRKAN!!!

CAKAP2BOLA said...

Aku suka slogan tu...' hancurlah negara kerana sukan " hahahah

danny said...

kalau tak patuh kang,berlambak2 sembah derhaka dipohon nanti.hahaha.

nama je kerabat diraja Melayu.tapi kurang faham bahasa Melayu,dan mungkin juga ketinggalan dalam dunia internet ni,sebab mereka tak faham suara hati rakyat yang mahukan perubahan pentadbiran badan induk bolasepak (or memang buat2 tak faham).

agaknya FAM ni takde perlembagaan sendiri mungkin.di luar ye menjadi Sultan.di dalam pejabat bukan.

kalau tak faham bahasa lagi entahlah~~~

Anonymous said...

geram kat FAM sbb pinggirkan salah sorang genius bolasepak tempatan suatu ketika dahulu iaitu Dato Ahmad Basri Akil..komen skit terus kena ban..bila nk berjaya kalu tak sanggup terima komen membina...