Tuesday, May 12, 2009

Pembatalan Piala Antara Benua - hanyalah helah FAM




Piala Antara Benua dibatal gara-gara wabak H1N1

PERSIAPAN skuad bola sepak bawah 23 tahun negara untuk temasya Sukan Sea di Laos, hujung tahun ini, terjejas ekoran pembatalan Kejohanan Piala Antara Benua yang dijadualkan, awal bulan depan. Pembatalan itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan kebimbangan yang timbul gara-gara ancaman wabak Influenza A (H1N1). “Pembatalan kejohanan ini disebabkan ancaman wabak Influenza A yang melanda beberapa negara di dunia.
FAM memandang serius perkara ini dan sentiasa mengutamakan aspek kesihatan serta mendapatkan pandangan pihak seperti Kementerian Kesihatan. “Selepas menerima nasihat dan pandangan itu, FAM mengambil keputusan untuk membatalkan Kejohanan Piala Antara Benua 2009,” menurut kenyataan yang dikeluarkan badan induk itu, semalam. Kejohanan itu sebelumnya dikenalpasti sebagai medan ujian terbaik skuad kendalian K Rajagobal sebelum ke Laos kerana kehadiran beberapa barisan handalan seperti Brazil, Mexico, Turki dan Korea Selatan.

keratan suratkhabar Berita Harian hari ini.

Pelik dibuatnya. Habis tu hoki anjurkan Piala Asia di Kuantan takde apa2 pun. Kalau takutkan swine flu, tak payahlah invite Mexico. Invite pasukan lain yang bagus. Pada aku ini adalah alasan FAM yang tak mau keluar belanja. Kalau dah nawaitu memang tak ada niat nak majukan bolasepak negara, tak payahlah bagi alasan swine flu lah, bird flu lah..yang dah tentunya di FAM tu penyakit flu tak pernah baik. Atau pun FAM dah ada pengganti pertandingan untuk Bawah 23 ni...seperti biasa FAM akan jemput team cap ayam...kali ini silap2 FAM akan jemput Timur Leste dan Laos sebagai menambah kepada teams kegemaran FAM iaitu Afghanistan, Maldives, Kampuchea dan Bangadesh. Pada K Rajagobal, siap2lah nak kena pecat selepas Sukan Sea Laos ni. Tak payahlah nak cakap bagi kau 2-3 tahun. Presiden FAM dan sekutu je boleh duduk lama-lama. Jurulatih dan pemain asyik dipersalahkan bila kalah sedangkan persiapan boleh dikatakan tiada. Elok juga Rajagobal buat friendly dgn team Liga Premier spt Selangor macam yang dilakukan baru-baru ini. Daripada melayan teams cap ayam kegemaran FAM ini.


3 comments:

Anonymous said...

dah lama duk cari idea nk cancel pasal kos tu..cuma tak dapat..so time ni la sesuai sbb ada alasan yg kukuh kononnya..

CAKAP2BOLA said...

Betul tu bro...skrip yg kita boleh baca....puak2 dalam FAM ni semua kaut untung bila arrange friendlies dgn team luar...dengan team cap ayam lagi untung...

Anonymous said...

Tengah tunggu keluar gambar team akademi PKNS
akhirnya keluar juga...

Thanks....