Saturday, May 16, 2009

Skuad Bawah 23 ke Qatar...Ni yang kita mau


FAM telah mengumumkan bahawa skuad B23 kebangsaan akan ke Qatar untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Qatar dan juga kelab2 mereka. Satu langkah yang positif. Inilah yang dimahukan oleh peminat-peminat bolasepak tempatan dan juga pemain-pemain kebangsaan sendiri. FAM diharap mengekalkan cara begini untuk meningkatkan tahap permainan skuad kebangsaan. Biar kalah tidak apa asalkan melawan dan untuk kebaikan di masa akan datang. Tidak perlu kita menang 10-0 jika lawan kita Nepal, Afghanistan, Kampuchea atau mana2 team cap ayam kegemaran FAM. Jangan lepas ni utk Pestabola tahun ini FAM teruskan tradisi menjemput teams cap ayam ini. Tahun 2001& 2002 dah cukup bagus dimana skuad kendalian Alan Harris di exposekan dengan perlawanan2 persahabatan bertaraf kelas A contohnya dengan Brazil, MU, Bahrain, Oman...tapi seolah2 adanya unsur2 sabatoj dikalangan FAM sendiri yang tidak mahu skuad ini berjaya atas alasan Alan Harris hanya mendapat tempat ke 3 di Sukan Sea di Vietnam. Cuba kita imbas kembali skuad kendalian Alan Harrislah yang membelasah Singapura 4-0 dan Thailand 3-1 di Tiger Cup 2002 di Singapura. Itulah kali terakhir kita membelasah pasukan Singapura dan Thailand. Sewaktu itu Alan Harris dengan beraninya menurunkan skuad muda Bawah 23 yg mana diwakili oleh Akmal Rizal, Hairudin Omar, Nazarudin, Norhafiz Zamani...sewaktu itu pemain2 ini belum lagi di expose dengan politik dan sepak terajang Liga Premier. Kita lihat Norhafiz Zamani dan Hairudin Omar permainan mereka merosot sejak mewakili Pahang, sedangkan Norhafiz pernah mendapat pujian jurulatih Brazil, Scolari akan ketenangan beliau membaca permainan sewaktu menentang Brazil. Oleh itu, untuk mengembalikan taraf pasukan bolasepak Malaysia , FAM perlu :


  • memperbanyakkan perlawanan persahabatan bertaraf A

  • melantik jurulatih luar negara untuk mengemudi pasukan kebangsaan. Beri peluang Rajagobal sehingga Sukan Sea di Laos sahaja. Setkan target untuknya. Mestilah melayakkan diri ke final dan jika gagal, pecat sahaja. Tak perlu tunggu 2 tahun. nanti banyak alasan yang diberikan.

  • perlu ada keikhlasan dihati pegawai2 FAM bila mengaturkan perlawanan persahabatan dan bukannya bertujuan untuk mendapat peluang perniagaan, komisen ataupun makan angin bila skuad kebangsaan ke luarnegara.

8 comments:

Anonymous said...

Saya mendoakan semoga Akademi PKNS akan terus cemerlang dan melahirkan lebih ramai pemain berbakat untuk Negara

Majulah Akademi PKNS demi kegemilangan bolasepak negara..

Unknown said...

ada tak trial utk masuk skuad bwah 23thn ni..mohon penjelasan....

Unknown said...

emelkan saya on awangqusuhairi37@gmail.com atau suhairihairi41@yahoo.com berminat sangat2 tolong sya ok...

Unknown said...

Assalamualaikum. Macam aku nie umur dah 19 layak lagi ke nak join akademik PKNS FC nie? Aku boleh main posisi Penjaga Gol. Dulu aku main jugak Club tapi berhenti sebab sambung belajar but now dah habis belajar nak main balik. Boleh and layak lagi ke umur aku untuk main?

Unknown said...

Saya mohamad aqir mohamad ingin menyertai pasukan ini
sy boleh bermain di tiga posisi iaitu sayap kiri n kanan,defend kiri n kanan dan stiker

Unknown said...

Asslm

Unknown said...

Saya firman tahun depan umur 15 tahun boleh tak menyertai pasukan ini
Saya boleh menjadi golkeeper

Unknown said...

Assalamualaikum saya yusri 17 tahun harini saya telah pegi ke kompleks pkns tapi mereka kata tiada pendaftaran utk umur saya jadi bagaimana