Tuesday, May 19, 2009

FAM.....CONTOHILAH BAM

Tabik buat Persatuan Badminton Malaysia kerana tanpa rasa ragu demi kepentingan badminton negara telah melantik Hendrawan, pemenang pingat perak Olimpik 2000 dari Indonesia sebagai jurulatih perseorangan negara untuk membimbing pemain pelapis. Kila lihat pelaburan BAM terhadap Rexy Mainaky membuahkan hasil dengan terdapatnya berbagai2 beregu negara yang bertaraf dunia. Dengan perlantikan Hendrawan dijangka pemain perseorangan No 1 negara, Lee Chong Wei tidak akan keseorangan. Walaupun pemain2 badminton negara bertaraf dunia, BAM tidak ragu2 mengambil jurulatih yang berkaliber. Dari sini kita boleh buat perbandingan antara BAM dan FAM. Ibarat langit dengan bumi. FAM mengambil jurulatih tempatan yang tidak mempunyai sejarah pencapaian sebagai jurulatih negeri mengemudi skuad kebangsaan. Maka akan berulanglah nasib B. Sathianathan terhadap K. Rajagobal. FAM seolah2 melangkah ke belakang. Memang nyata bahawa pengurusan FAM tidak ingin melihat kejayaan skuad negara. Pengurusan leka di kerusi-kerusi empuk berseminar sana sini di hotel2 mewah manakala pemain2 dan jurulatih dipecat bila kalah. Kita berharap janganlah ada percubaan dari kalangan FAM ini cuba menerajui BAM kerana Persatuan Hoki Malaysia sudah diterajui oleh bekas FAM. Kita berdoalah agar nasib hoki kita tidak mengalami nasib sebagaimana bolasepak negara. Bukan mudah untuk menaikkan kembali martabat pasukan jika telah kecundang. Lihatlah bagaimana sukan bolasepak yang semakin teruk sejak 1984!!!!

10 comments:

leman said...

Ampun Tuan Ampunya Blog, saya rasa lebih elok melabur anak di Akademi Badminton drp Bola....ya tak berdasarkan kepada senario sekarang...blog saudara telah di RSS feedkan di : ecosa.wordpress.com (baru belajar memblog...berilah cadangan2 ok...)

CAKAP2BOLA said...

betul tu leman...badminton lagi bagus...tapi masalahnya saya dan anak2 kaki bola...tapi dah warned mereka bola hanya utk leisure...pelajaran no 1 ...kalau ayah dia boleh berjaya dlm akademik waktu main bola...mengapa tidak mereka..

selwyn said...

saya ingin memasuki kelab bola sepak pkns sila memberitahu tempat dan juga waktu pemelihan di email saya iaitu selwyn98@gmail.com

Anonymous said...

Assalamualaikum...

1)Ini pemilihan atau kelab bola sepak?

2)Saya berumur 11 tahun,layakkah saya menyertainya/mencubanya?

3) Adakah pemilihan pada tahun 2013 ini utk bwh 12 tahun? Kalau ada,tolong bagitau pada saya di fb boleh? Jawapan awak juga tolong bagitau di fb ok?

Email: amar-kelantan@hotmail.com

Sekian,TQ :)

faiez said...

kalau saya nak join boleh kee. umur saya 16 tahun

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
RajaAmar said...

SAYA BERMINAT UNTUK MENYERTAI KELAB INI . SAYA AKAN CUBA MELAKUKAN YANG TERBAIK JIKA DIBERIKAN PELUANG
ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK MENYERTAI KELAB INI ? CITA CITA SAYA ADALAH UNTUK MENJADI PEMAIN BOLA SEPAK PROFESSIONAL .
SAYA INGIN MEMPERLUASKAN BAKAT SAYA DALAM BIDANG BOLA SEPAK . HARAP SAYA DIBERIKAN PELUANG.

RajaAmar said...

SAYA BERUMUR 19 TAHUN . ADAKAH SAYA LAYAK ?

Unknown said...

saye berumur 15 tahun. Pade bln satu tahun depan saye berumur 16 tahun.saye pernah mewakili sekolah. adakah saye boleh menyertai club pkns ini semasa umur saye 16 tahun?
Emel: dausevans531@gmail.com

Mohon komen...hehe

Unknown said...

saye berumur 15 tahun. Pade bln satu tahun depan saye berumur 16 tahun.saye pernah mewakili sekolah. adakah saye boleh menyertai club pkns ini semasa umur saye 16 tahun?
Emel: dausevans531@gmail.com

Mohon komen...hehe