Saturday, December 18, 2010

MALAYSIA KE FINAL. PIALA AFF SUZUKI 2010



Gambar dicilok dari web http://www.affsuzukicup.com

Tahniah Malaysia...walaupun seri dan main bertahan sahaja tetapi memadai melayakkan diri ke final. Tahniah kepada Rajagobal walaupun team muda dan tanpa persedian yang lengkap, beliau berjaya mengemudi Malaysia ke final. Yg aku tabik Rajagobal ini walaupun dulu aku tak berapa yakin dengan beliau ialah:

1) Beliau percaya akan bakat2 muda. Pemain2 inilah yang beliau latih sejak beliau menjadi jurulatih bawah 20, so beliau tahu kekuatan dan bakat pemain2 ini.

2) Beliau tidak terlalu terkongkong dengan pemain utama atau 1st eleven. Beliau expandkan kelompok pemain2 kebangsaan kepada 30-45 org dan berani mencuba. Bilamana pemain2 utama tercedera, akan terdapat pengganti..itu yg berlaku kepada skuad Malaysia sekarang ini, yg boleh aku katakan hanya depleted side kerana 10 pemain utama tercedera. dengan cara ini, pemain2 utama tidak boleh besar kepala kerana kedudukan mereka belum terjamin.

3) Tidak terima bulat2 mana2 team cikai untuk friendly. Sepanjang beliau menjadi jurulatih , hanya Maldives sahaja team cikai yg menentang malaysia dlm perlawanan persahabatan, itu pun terpaksa. Lebih rela melawan team Liga Super tempatan dari melawan team Kampuchea atau Afghanistan!!

4) Beliau , masuk kali ini dah pecahkan 3 rekod. Pertama, setelah 20 tahun tak menang pingat emas Sukan SEA, Malaysia dibawah kendaliannya telah berjaya merangkul pingat emas. Kedua , sejak 32 tahun, Malaysia berjaya melayakkan diri ke Pusingan kedua Sukan Asia dan kali ini setelah 14 tahun, beliau berjaya membawa Malaysia ke final Piala AFF ini dan mana tahu rezekinya beliau berjaya membawa Malaysia merangkul piala ini buat pertama kali.

So, aku harap, Rajagobal dan skuad Malaysia ini akan berjaya menjuarai Piala AFF kali ini, walaupun agak sengit. Juara Piala AFF edisi kali ini akan muncul juara yang baru kerana juara2 yang lama telah tersingkir, macam World Cup 2010 pulak ya...duration kejohanan ini pun macam World Cup...selama sebulan...semuga Malaysia terus berjaya...

2 comments:

Anonymous said...

Kena lah turun ke Bukit Jalil...tabik depan Rajagobal..:)

Anonymous said...

Kena lah turun ke Bukit Jalil...tabik depan Rajagobal..:)