Thursday, January 21, 2010

FINAL PIALA TAN SRI MUSTAFA KAMAL 2010




Antara penonton2 perlawanan akhir itu


Skuad PKNS FC sedang melakukan warm up sebelum perlawanan

Final Liga Bawah 20 Selangor Piala Mustafa Kamal telahpun berlangsung pada 17hb Januari yang lalu bertempat di Stadium MBPJ. Perlawanan di antara Akademi Bolasepak PKNS FC dan Red Giant FC ( yang merupakan skuad bawah 20 dan Piala Presiden Selangor) seolah2 antara perlawanan pasukan abang adik, yang berkesudahan Selangor Red Giant menumpaskan PKNS FC dengan 2-0 seterusnya membawa pulang Piala Tan Sri Mustafa Kamal untk tahun 2010 ini.
Pada perlawanan tersebut agak ketara bahawa PKNS FC tidak bermain di tahap keupayaan sebenar kerana terlalu menghormati skuad Selangor selaku " abangnya". Walaupun skuad PKNS FC pada pusingan awal hinggalah separuh akhir telah membelasah lawan2 mereka tetapi kemungkinan faktor pengalaman dan terlalu menghormati lawan menyebabkan mereka kecundang. Skuad PKNS FC yang majoritinya pemain2 yang masih bersekolah menampakkan potensi untuk menjadi pencabar di musim akan datang.
Sebelum perlawanan akhir bawah 20 itu berlangsung, perlawanan akhir jemputan 4 penjuru bawah 12 telah berlangsung dimana skuad PKNS FC bawah 12 telah mengalahkan skuad bawah 12 MK Land dengan tendangan penalti.Skuad Bawah 12 PKNS FC ini merupakan skuad bawah 11 yang menjuarai Liga Komuniti Kebangsaan baru2 ini

SHABBERY CHIK TOLONG.........

Kesian Azrai Khor Abdullah selaku jurulatih Harimau Muda Bawah21. Terpaksa menjerit sana sini untuk skuad kendaliannya. Sudahlah di singkirkan dari Liga Premier semata2 nak masukkan Pahang, tiada perlawanan kompetitif untuk pasukannya. Pasukan ini nanti yang diharapkan untuk mempertahankan pingat emas bolasepak Skan SEA 2011.
Perkara ini sudah menjadi adat kepada FAM. Sebagaimana dikatakan dalam artikel terdahulu, FAM seolah2 tidak berminat untuk memajukan bolasepak negara. Mereka sibuk mesyuarat sana sini, seminar sana sini. . Entah2 wang kemenangan pingat emas Sukan SEA tempuhari masih tertunggak.
Sudahla MSSM membatalkan perlawanan bawah 12 dan 15, ini pulak FAM selaku badan induk bolasepak mengabaikan skuad bawah 21 selaku skuad harapan Sukan SEA. Shabery Chik perlu menolong dan membantu...nak harapkan FAM...memang hampeh...yg nampak bekerja hanyalah Setiausaha Agung FAM yang merupakan bekas Jeneral, yang lain2 dalam EXCO tu...berundurlah cepat2....

Bacalah artikel keluhan Azrai Khor ni http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sukan/20100121053237/Article/, tak lama lagi mesti kena pecat dengan alasan buat kenyataan di akhbar...FAM kan memang diktator , dah berapa banyak pemimpin sukan yang kena gantung....

Saturday, January 16, 2010

AKADEMI BOLASEPAK PKNS FC MARA LAGI....


LOGO PKNS FC


IBUBAPA DAN KELUARGA PELATIH2 AKADEMI YANG MENONTON LATIHAN ANAK2 DI KOMPLEKS SUKAN PKNS FC


LATIHAN SKUAD BAWAH 10


LATIHAN SKUAD BAWAH 12 - SKUAD YANG MEMENANGI KEJUARAAN BAWAH 11 LIGA REMAJA KEBANGSAAN


LATIHAN SKUAD BAWAH 15


LATIHAN SKUAD BAWAH 18


PERSAHABATAN UNTUK SKUAD PIALA PRESIDEN

SKUAD BAWAH 20 PKNS FC BERJAYA MELAYAKKAN DIRI KE PERLAWANAN AKHIR BAWAH 20 PIALA TAN SRI MUSTAFA KAMAL. PERLAWANAN AKAN BERLANGSUNG PADA 17HB JANUARI 2010 PUKUL 8.45 MALAM DI STADIUM MBPJ. DENGAN CORAK LATIHAN YANG SISTEMATIK DAN SIRI PERLAWANAN PERSAHABATAN YANG SERING DILAKUKAN DENGAN SKUAD YANG LEBIH SENIOR DARI SKUAD BAWAH UMUR PKNS MENJADIKAN SKUAD AKADEMI BOLASEPAK PKNS SATU PASUKAN YANG GAGAH. CONTOHNYA SKUAD BAWAH 15 TAHUN PKNS AKAN MELAKUKAN PERSAHABATAN DENGAN SKUAD LAWAN YANG LEBIH UMUR DARI MEREKA, KERANA JIKA SAMA UMUR, PASUKAN LAWAN AKAN MENJADI LAUK ATAU BELASAHAN SKUAD PKNS INI/ DENGAN CARA INI SKUAD AKADEMI PKNS SENTIASA BERSEDIA BAIK DARI SEGI FIZIKAL MAUPUN MENTAL BILA MENGHADAPI MANA2 KEJOHANAN...GO PKNS GO....

Tuesday, January 12, 2010

SORRRY LAMA TAK UPDATE

Almost 2 weeks blog ni tak diupdate. Bercutilah. Walaubagaimanapun Cakap2Bola sempat menonton highlights Liga Super dan Perdana untuk minggu pertama ini. Pada pengamatan Cakap2Bola, memang eloklah dan Cakap2Bola sokong 100% agar pemain2 kebangsaan dilarang mewakili negeri masing2. Memang Liga Malaysia ni liga low class. Sejarah telah menunjukkan bahawa pemain2 Malaysia yg berguru di luar negara apabila pulang ke tanah air mewakili kelab2 tempatan , mutu permainan mereka menjunam contohnya Akmal Rizal, Juzaili sameon, Fazli Shaari dan beberapa nama yang lain.

Satu lagi, yang Cakap2Bola bengang sangat, apabila media mengeluarkan isu tentang MSSM membatalkan kejohanan bolsepak Bawah 15, mana pergi Menteri Pelajaran ??? Timbalan Menteri Pelajaran pun senyap sunyi??? Dah menjangkit penyakit Presiden FAM. Menteri Pelajaran asyik sibuk berpolitik gamaknya...