Thursday, January 21, 2010

FINAL PIALA TAN SRI MUSTAFA KAMAL 2010




Antara penonton2 perlawanan akhir itu


Skuad PKNS FC sedang melakukan warm up sebelum perlawanan

Final Liga Bawah 20 Selangor Piala Mustafa Kamal telahpun berlangsung pada 17hb Januari yang lalu bertempat di Stadium MBPJ. Perlawanan di antara Akademi Bolasepak PKNS FC dan Red Giant FC ( yang merupakan skuad bawah 20 dan Piala Presiden Selangor) seolah2 antara perlawanan pasukan abang adik, yang berkesudahan Selangor Red Giant menumpaskan PKNS FC dengan 2-0 seterusnya membawa pulang Piala Tan Sri Mustafa Kamal untk tahun 2010 ini.
Pada perlawanan tersebut agak ketara bahawa PKNS FC tidak bermain di tahap keupayaan sebenar kerana terlalu menghormati skuad Selangor selaku " abangnya". Walaupun skuad PKNS FC pada pusingan awal hinggalah separuh akhir telah membelasah lawan2 mereka tetapi kemungkinan faktor pengalaman dan terlalu menghormati lawan menyebabkan mereka kecundang. Skuad PKNS FC yang majoritinya pemain2 yang masih bersekolah menampakkan potensi untuk menjadi pencabar di musim akan datang.
Sebelum perlawanan akhir bawah 20 itu berlangsung, perlawanan akhir jemputan 4 penjuru bawah 12 telah berlangsung dimana skuad PKNS FC bawah 12 telah mengalahkan skuad bawah 12 MK Land dengan tendangan penalti.Skuad Bawah 12 PKNS FC ini merupakan skuad bawah 11 yang menjuarai Liga Komuniti Kebangsaan baru2 ini

2 comments:

MYTEAM REPORTER said...

visit http://myteamfc.blogspot.com/ for more news & videos about soccer. subscribe our newslater and join our community.

johan said...

skuad selangor turunkan pemain super league. daftar pemain sebenarnya 18 orang namun jika diteliti pemain selangor yang warm-up seramai 23 orang malam itu.
nampak ketara selangor terpaksa turunkan keseluruhan pemain dari skuad atas bermain dalam pasukan.

mutu penganjuran juga menjadi tanda-tanya.

skuad pkns rata-rata pemain umur akademi antara 15-19 tahun. apapun tahniah kerana satu pengalaman yang amat berharga buat skuad pkns.