Baru sebentar tadi dihidangkan pertembungan antara 2 gergasi, German bertemu Argentina. Kita melihat sekali lagi " scoring machine " Germany yang dikuasai oleh Schweinsteiger, Mueller, Podolski,Ozil dan penjolok gol Klose bermaharajalela. Dengan counter attack yang laju ditambah umpanan jarak jauh yang perfect sebagaimana menentang England, kita lihat Argentina terkulai. Melihat dari persembahan ini dan prestasi German yang semakin memuncak Cakap2Bola meramalkan German akan muncul sebagai juara edisi kali ini. Dengan individual skill dan teamwork yang jitu, German menharubirukan pertahanan Argentina. Messi walaupun diberi ruang yang luas oleh German, gagal kerana tiada bantuan dari rakan2 lain. Tevez langsung tak berfungsi.
Semalam kita melihat bagaimana Netherland mengajar Brazil. Brazil yang tidak pernah ketinggalan gol sepanjang edisi kali ini agak menggelabah bilamana Netherland mula menyamakan kedudukan dan bertambah lintang pukang bila Netherland mendahului sehingga tamat perlawanan . Tiada 1-2 atau 1 touch football dari Brazil. Malah bermain umpanan jauh yang hancur tidak sebagaimana short pass yang diamalkannya. 3 serangkai Netherland iaitu Robben, Sneijder, Kuyt mengharubirukan Brazil. Persie agak kurang menonjol.Tiga serangkai tersebut dengan individual skill yg menarik menjahanamkan Brazil di babak kedua.
Dari kedua2 perlawanan ini kita dapati dengan teamwork yang jitu ditambah dgn individual skill yg hebat dan yg paling utama ialah disiplin, adalah asas kepada kejayaan sesebuah pasukan. Kesemua ini ada pada Germany walaupun 13 pemainnya adalah dibawah 25 tahun!! Germany akan menguasai dunia bolasepak 5 tahun akan datang ini.....