Thursday, May 6, 2010

APA KHABAR SKUAD RAJAGOBAL?

Dah hampir 2 bulan blog ini tidak diupdate kerana kesuntukan masa. Walau begitu Cakap2bola tetap mengikuti perkembangan dunia bolasepak. European Champions League pun sudah hampir ke penghujung. Cakap2Bola memilih skuad Jose Mourinho menjuarai edisi kali ini kerana Mourinho adalah Master of Tactical. Kita boleh melihat bagaimana Barcelona yg gah dengan nama2 hebat dimalukan oleh Inter Milan ini.
Di Asia pula, Asian Champions League sudah ke penamat juga. Sewaktu perlawanan pusingan kedua Separuh Akhir UEFA Champions League berlangsung bertembung dengan Asian Champions league, pak2 arab di saudi ini langsung tidak kesah akan pertembungan kelab eropah ini, mereka lebih berminat melihat kelab2 mereka yg beraksi di Asian champions League.
Bulan depan akan berlangsung World Cup 2010 di South Africa. Makin tak lakulah tiket Liga Super negara kita. Cuma yg Cakap2Bola kesalkan, apa aktiviti skuad rajagobal ini? Takde friendlies yg kompetitif ke? FAM tak pernah serik2...

No comments: