Kesian Azrai Khor Abdullah selaku jurulatih Harimau Muda Bawah21. Terpaksa menjerit sana sini untuk skuad kendaliannya. Sudahlah di singkirkan dari Liga Premier semata2 nak masukkan Pahang, tiada perlawanan kompetitif untuk pasukannya. Pasukan ini nanti yang diharapkan untuk mempertahankan pingat emas bolasepak Skan SEA 2011.
Perkara ini sudah menjadi adat kepada FAM. Sebagaimana dikatakan dalam artikel terdahulu, FAM seolah2 tidak berminat untuk memajukan bolasepak negara. Mereka sibuk mesyuarat sana sini, seminar sana sini. . Entah2 wang kemenangan pingat emas Sukan SEA tempuhari masih tertunggak.
Sudahla MSSM membatalkan perlawanan bawah 12 dan 15, ini pulak FAM selaku badan induk bolasepak mengabaikan skuad bawah 21 selaku skuad harapan Sukan SEA. Shabery Chik perlu menolong dan membantu...nak harapkan FAM...memang hampeh...yg nampak bekerja hanyalah Setiausaha Agung FAM yang merupakan bekas Jeneral, yang lain2 dalam EXCO tu...berundurlah cepat2....
Bacalah artikel keluhan Azrai Khor ni
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sukan/20100121053237/Article/, tak lama lagi mesti kena pecat dengan alasan buat kenyataan di akhbar...FAM kan memang diktator , dah berapa banyak pemimpin sukan yang kena gantung....