Tuesday, July 27, 2010

RAJAGOBAL MENYALAK MINTA MORE COMPETITIVE FRIENDLY MATCHES.....

Tabik sama Rajagobal kerana merubah lanskap bolasepak Malaysia. U23 Malaysia sekarang bermain dengan konfiden dan corak permainan yang laju. Rajagobal menyalak minta more competitive matches tapi FAM buat bodoh je...Silap2 nanti FAM buat friendly dgn Kampuchea as what they did to Harimau Muda baru2 ini....bilalah FAM nak berubah....anak pun dah mula masuk balik jadi Timbalan Presiden...

Friday, July 23, 2010

AKHIR SEBUAH IMPIAN PKNS FC...

Maka berkuburlah impian PKNS FC untuk melayakkan diri ke Liga Super 2011 setelah tewas kepada Harimau Muda 2-1 tadi. Sabah berjaya mengisi slot terakhir apabila memenangi perlawanan terakhir dengan kemenangan 1-0 ke atas Pos Malaysia. PKNS FC hanya memerlukan kemenangan sahaja untuk melayakkan diri....Maka berakhirlah sebuah impian...selepas ini PKNS FC perlu fokus kepada Piala Malaysia , mana tahu boleh melakukan kejutan sebagaimana MPPJ pada musim 2003 dahulu..

Thursday, July 22, 2010

PKNS FC PERLU MENANG UNTUK KE LIGA SUPER 2011



Malam ini adalah malam penentuan buat PKNS FC samada layak ke Liga Super 2011. Memerlukan kemenangan di dalam perlawanan terakhir menentang Harimau Muda, sudah tentu pasukan bimbingan bekas jurulatih kebangsaan Abdul Rahman Ibrahim memburu slot terakhir setelah Felda United layak selaku juara Liga Perdana. Semuga kejayaan di samping PKNS FC kerana Cakap2Bola memang mengikuti perkembangan PKNS FC kerana 2 anak Cakap2Bola merupakan produk PKNS FC yang dibimbing sejak sekolah rendah di Akademi Bolasepak PKNS FC. Penglibatan anak2 di dalam akademi bolasepak tidak menghalang mereka berjaya di dalam akademik.

Cakap2Bola sudah lama mengatakan di dalam artikel terdahulu bahawa PKNS FC sememangnya layak ke Liga Super kerana pengurusan yang cekap berbanding dengan pasukan2 negeri yang lain seperti Pahang, Melaka, Sarawak dll .

Semuga PKNS FC berjaya melayakkan diri ke Liga Super dan menebus kekecewaan " adik " mereka skuad bawah 12 yang gagal mempertahankan kejuaraan Liga Bolasepak Komuniti Kebangsaan untuk tahun ini. Skuad Bawah 12 PKNS merupakan juara sulung pada tahun lepas.

Wednesday, July 21, 2010

TEAM WORLD CUP PUN DAH MULA BUAT FRIENDLIES...

Cuba layari web FIFA FRIENDLY MATCHES ini. Kita akan dapati senarai perlawanan samada Qualifying Round mahupun friendly matches. Pasukan2 yg menyertai Piala Dunia yang lalu pun sudah mula mengatur langkah dengan membuat friendly matches ini. Negara2 asia yg lain seperti Qatar, Bahrain, malah Thai sudah mengorak langkah. Kita tak nampak nama negara kita dalam senarai ini.FAM mengaturkan perlawanan pun kelab2 cikai luar yg tak kompetitif langsung. Sepatutnya arrangelah dengan pasukan kebangsaan sbgmana perlawanan dgn U23 Korea Selatan pada 25hb Julai ini. Tidurlah FAM...Tidurlah lena...Tidurlah Permaisuriku...Tak payah lah atur apa2 pada skuad Rajagobal ini. Kalau kalah teruk pun boleh tukar pemain2.. Naik bengang Cakap2Bola dengan FAM ini...

Tuesday, July 20, 2010

CAMNE BOLA NAK MAJU, ASYIK MUKA TU JE NAK BERTANDING EXCO FAM

Bila meneliti senarai calon2 yg bertanding utk jawatan EXCO FAM, lagi2 muka lama yg bertanding termasuk Raja Ahmad Zainudin, Mat Jusoh Terengganu, Presiden Persekutuan Hoki Malaysia dan lain2 lagi yang dah tahu prestasi mereka sebelum ini yg tak memajukan bolasepak negara. Presiden memanglah takde siapa nak lawan, semua mengangguk sahaja. Yg aku sokong ialah Anuar Musa sebab dia berjaya memajukan bolasepak Kelantan....kalau dia bertanding Presiden pun aku sokong...

Saturday, July 17, 2010

AKAN TERJEJAS KE BOLASEPAK TEMPATAN AKIBAT KENAIKAN HARGA BARANG2?



Jawapan dari Cakap2Bola tentang persoalan di atas ialah SUDAH SEMESTINYA terjejas. Siapa nak tgk bola jika permainan macam team kampung. Minyak nak ke stadium kena kira, harga tiket pun kena kira gak, tak campur dgn air ke burger ke yg nak dimakan dalam stadium tu. Dan jgn terperanjat jika stadium bertambah kosong selepas ini . Skrg pun dah kosong gara2 World Cup yg baru lalu.

Friday, July 16, 2010

FAM BUAT LAWAK LAGI...SIAPA SEBENARNYA YG MENGUASAI FAM ??

Cuba baca artikel BIAR BETUL AZZUDIN?? ini, tidak menghairankan Cakap2Bola dengan cara pentadbiran FAM ini.
Sebagaimana artikel Cakap2Bola terdahulu, kenapa pertelingkahan antara Ketua Jurulatih Harimau Muda Azrai Khor dan pembantunya Mohana ( siapa mamat ni ??) , Azrai Khor yg kena pecat? Sepatutnya mamat yg bernama Mohana ni lah yg patut dipecat kerana dia hanya sebagai pembantu sahaja. Yg paling utama apa latarbelakang Mohana ni? Apa reputasi dia? Sedangkan Azrai Khor telah terbukti reputasinya. Siapa sebenarnya di belakang FAM ini??

Thursday, July 15, 2010

JURULATIH HARIMAU BERTUKAR, PENGURUSAN FAM BILA NAK BERTUKAR???



Gambar2 di atas diambil dari Facebook Bekas Jurulatih Harimau Muda Azrai Khor Abdullah


Bila baca artikel ANAK HARIMAU B TANPA TUAN dari Berita Harian Online hari ini, Cakap2Bola berasakan seolah2 ada pergeseran antara Coach Azrai dan pembantunya Mohana. Siapa Mohana ni? Apa rekodnya sebelum ini ? Bagaimana dia dilantik? Sampai Azrai Khor terpaksa FAM korbankan. Tak tahulah apa sebabnya. Yang pasti FAM telah mengambil keputusan menaik pangkatkan jurulatih Harimau Muda B Ong Kim Swee dan pembantunya untuk mengendalikan Harimau Muda A.

Dari sini kita lihat bagaimana FAM membuat keputusan. Dah banyak kali Cakap2Bola menulis akan kelemahan FAM ini. Yang pasti jurulatih bertukar ganti, yang duk kat atas tu bila nak turun. YG lagi haru bekas Timbalan Presiden FAM dahulu merangkap Presiden Persekutuan Hoki Malaysia nak buat comeback dengan menjadi org no 2 FAM kembali. Makin hancurlah FAM....

Wednesday, July 14, 2010

WORLD CUP PLAYERS COOL...MALAYSIAN PLAYERS EMOTIONAL



Sepanjang menonton perlawanan2 Piala Dunia yang lalu, pengajaran yang patut di ambil oleh pemain2 bolasepak di Malaysia ini ialah perlu bermain menggunakan akal dan bukan menggunakan " tangan " atau paling penting JANGAN bermain mengikut emosi.

Lihat sahaja Robben, Messi, Drogba atau yang lain..kena tackle punyalah teruk tapi takde pun tangan mereka berjalan. Cool sahaja. Tak macam pemain2 Liga di Malaysia, kena tackle sikit, kungfu pun keluar....depan pengadil pulak tu...sia2 je kena gantung dan kad merah. Yg kena tackle pula kena kad merah.

Oleh itu banyak aspek dikalangan pemain2 Malaysia yg perlu kita tingkatkan, bukan sahaja skill tetapi emosi jika kita ingin Malaysia melayakkan diri ke World Cup....bila agaknya ya???

Monday, July 12, 2010

RAMALAN KU TIDAK BENAR BELAKA.







Spain deserves to win. Ramalanku Tidak benar Belaka. Maka tamatnya Piala dunia kali ini maka Cakap2Bola seperti sediakala, tidak mengadap tv atau kekadang TV mengadap aku. Bila agaknya Malaysia dapat masuk Piala Dunia ini. Spain mengambil masa 4 tahun membentuk pasukan ini sehingga menjuarai Euro 2008 dan World Cup. Cuma FAM sahaja yg tak pernah serik....cukuplah yg kat atas FAM tu..dah lama benor dah pegang tampuk FAM.....

Thursday, July 8, 2010

ORANGE OR RED ???





Oren atau Merah ?? Netherland atau Spain?? Sama kuat sama bagus....kesilapan sedikit maka Piala pun terlepas sebagaimana game antara German dan Spain. Cakap2Bola memilih Netherland untuk menjuarai edisi kali ini. Semuga pilihan kali ini tak tersasar lagi....

SEMUA RAMALAN TERSASAR.....



Akhirnya Spain bertemu Netherland di Final nanti. Ramalan Cakap2Bola pun tersasar kerana meramalkan German akan menjuarai Piala Dunia kali ini. Semalam Spain membuktikan bahawa mereka menjuarai Euro 2008 dan menewaskan German di perlawanan akhir Euro itu bukan nasib semata2. Kita lihat bagaimana Germany tidak mampu bergerak. Tiada counter attack yang menghasilkan gol. Mungkin ketiadaan Mueller agaknya.

Walaubagaimanapun, kejohanan kali ini mencatatkan sejarah kerana pertama kali pasukan benua Eropah akan memenangi Piala Dunia di luar benua Eropah. Pertama kali Spain memasuki semi final dan seterusnya berjaya ke Final. Dan yang paling utama, akan terdapat juara baru Piala Dunia kerana Spain mahupun Netherland tidak pernah memenangi World Cup.

Saturday, July 3, 2010

TEAMWORK IS BETTER THAN INDIVIDUAL SKILLS



Baru sebentar tadi dihidangkan pertembungan antara 2 gergasi, German bertemu Argentina. Kita melihat sekali lagi " scoring machine " Germany yang dikuasai oleh Schweinsteiger, Mueller, Podolski,Ozil dan penjolok gol Klose bermaharajalela. Dengan counter attack yang laju ditambah umpanan jarak jauh yang perfect sebagaimana menentang England, kita lihat Argentina terkulai. Melihat dari persembahan ini dan prestasi German yang semakin memuncak Cakap2Bola meramalkan German akan muncul sebagai juara edisi kali ini. Dengan individual skill dan teamwork yang jitu, German menharubirukan pertahanan Argentina. Messi walaupun diberi ruang yang luas oleh German, gagal kerana tiada bantuan dari rakan2 lain. Tevez langsung tak berfungsi.

Semalam kita melihat bagaimana Netherland mengajar Brazil. Brazil yang tidak pernah ketinggalan gol sepanjang edisi kali ini agak menggelabah bilamana Netherland mula menyamakan kedudukan dan bertambah lintang pukang bila Netherland mendahului sehingga tamat perlawanan . Tiada 1-2 atau 1 touch football dari Brazil. Malah bermain umpanan jauh yang hancur tidak sebagaimana short pass yang diamalkannya. 3 serangkai Netherland iaitu Robben, Sneijder, Kuyt mengharubirukan Brazil. Persie agak kurang menonjol.Tiga serangkai tersebut dengan individual skill yg menarik menjahanamkan Brazil di babak kedua.

Dari kedua2 perlawanan ini kita dapati dengan teamwork yang jitu ditambah dgn individual skill yg hebat dan yg paling utama ialah disiplin, adalah asas kepada kejayaan sesebuah pasukan. Kesemua ini ada pada Germany walaupun 13 pemainnya adalah dibawah 25 tahun!! Germany akan menguasai dunia bolasepak 5 tahun akan datang ini.....