Friday, May 14, 2010

KERAJAAN LULUSKAN JUDI BOLA....APA NAK JADI ??


Agak mengecewakan hampir majoriti rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam bilamana Kerajaan Malaysia meluluskan Judi Bolasepak dan Sukan kepada Berjaya Corporation yang dimiliki oleh Vincent Tan. Walaupun Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek mengatakan bahawa Kerajaan akan menimbangkan cadangan itu tetapi hakikatnya sudah diluluskan oleh kabinet yang diterajui oleh Perdana Menteri 1Malaysia kita.

Tanpa mengambilkira fahaman politik, Cakap2Bola menyeru kesemua peminat2 bola mengambil langkah membantah kelulusan ini. Rakyat Malaysia di Timur Tengah telah mengambil langkah membuat petition . Bersama2lah kita membantah kelulusan ini dengan menyertai petition online.

Nampak gayanya kerajaan tidak peduli rintihan dan bantahan rakyat Malaysia. Bukan hanya Pakatan Rakyat sahaja membantah malah banyak Bahagian2 UMNO yang sedar membantah kelulusan ini. Adakah kita perlu bersubahat dengan kepimpinan sediada yang terang2 melanggari hukum Islam. Sepatutnya judi yang sediada dikurangkan tetapi malangnya ditambah lagi pula. Mungkin agaknya nasihat dari APCO yang terang2 dikuasai oleh Yahudi.....Allah Selamatkan Malaysia dari kepimpinan yang fasik ini yang tidak nampak lagi halal dan haram..kemungkinan akibat hati yang sudah hitam kerana terlalu banyak benda haram yang memasuki tubuh pemimpin kita.....

Thursday, May 6, 2010

APA KHABAR SKUAD RAJAGOBAL?

Dah hampir 2 bulan blog ini tidak diupdate kerana kesuntukan masa. Walau begitu Cakap2bola tetap mengikuti perkembangan dunia bolasepak. European Champions League pun sudah hampir ke penghujung. Cakap2Bola memilih skuad Jose Mourinho menjuarai edisi kali ini kerana Mourinho adalah Master of Tactical. Kita boleh melihat bagaimana Barcelona yg gah dengan nama2 hebat dimalukan oleh Inter Milan ini.
Di Asia pula, Asian Champions League sudah ke penamat juga. Sewaktu perlawanan pusingan kedua Separuh Akhir UEFA Champions League berlangsung bertembung dengan Asian Champions league, pak2 arab di saudi ini langsung tidak kesah akan pertembungan kelab eropah ini, mereka lebih berminat melihat kelab2 mereka yg beraksi di Asian champions League.
Bulan depan akan berlangsung World Cup 2010 di South Africa. Makin tak lakulah tiket Liga Super negara kita. Cuma yg Cakap2Bola kesalkan, apa aktiviti skuad rajagobal ini? Takde friendlies yg kompetitif ke? FAM tak pernah serik2...