Saturday, February 27, 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN BARU TERSEDAR DARI LAMUNAN..

Kenyataan Menteri Pelajaran yang juga TPM Malaysia Tan Sri Mahyudin yassin tentang Kementerian Pelajaran akan meningkatkan mutubolasepak dengan menganjurkan liga amatlah dialu-alukan. Cakap2Bola pernah menyentuh di dalam artikel terdahulu akan betapa lembabnya Kementerian Pelajaran dibawah Menteri terdahulu iaitu akan peranan Kementerian didalam memajukan sukan terutama bolasepak. Tiada lagi Liga Zon maupun Majlis Sukan Sekolah Daerah untuk bawah 15 mahupun 18. Penganjuran bolasepak antara sekolah lebih bercorak Pestabala dan hanya dilangsungkan setiap 20 minit separuh masa. Dua hari pertandingan dah tamat Pertandingan Bolasepak sekolah2. Pemenang zon akan terus mewakili ke peringkat zon seterusnya. Bakat2 yang terbaik di sekolah2 yang lain dibiarkan begitu sahaja kerana sekolah mereka tewas. Inilah yng ditekankan di dalam artikel Cakap2Bola terdahulu.
Perkara ini perlu diubah. Sistem yang lama iaitu pertandingan sekolah2 bercorak Liga patut diadakan. Jurulatih daerah perlu dilantik dan bertindak sebagai "talent scout" untuk mencari bakat2. Kem2 Bakat perlu diadakan semula. Liga sekolah2 boleh dijalankan setiap hari Khamis contohnya bermula dari bulan januari sehingga Mac. Sekolah2 akan berlatih di akhir tahun sebelum cuti sekolah. Pemilihan skuad bawah 15 dan 18 dan latihan akan diadakan selepas peperiksaan akhir tahun dan secara tidak langsung tidak akan mengganggu pelajaran.
Cakap2Bola memberi contoh ini kerana berdasarkan pengalaman Cakap2Bola yang bermain di tahun 1982 Liga Sekolah2 JB yg berlangsung didalam format disebutkan di atas. Akibat dari sistem yang betul inilah menjadikan skuad bolasepak sekolah Cakap2Bola Tahun 1982 sekarang ini menjadi orang yang berkarier dalam bidang masing2....secara tidak langsung membuktikan bahawa sukan tidak merosakkan pelajaran anak2.

Wednesday, February 17, 2010

PIALA FA 2nd Round Selangor 2 PKNS 0


Scoreline sebijik macam final Piala Tan Sri Mustapha Kamal tempuhari. Selangor 2 PKNS FC 0. Takpelah...masih ada " home game " di Stadium MBPJ. Agaknya PKNS menghormati " abang nya " selangor. PKNS FC ni ibarat " Selangor B " sebenarnya. Cuba bayangkan jika pusingan kedua ni PKNS menang 3-0, Selangor tersingkir....mau kecoh satu Kompleks Sukan PKNS dan FA Selangor. PKNS dilatih oleh Haji Abdul Rahman Ibrahim bekas jurulatih negara.

Tuesday, February 16, 2010

SIAPA YONG KUONG YONG?


Nama ini mungkin asing bagi peminat2 bolasepak tanahair. Akhirnya Rajagobal dapat menilai satu lagi bakat baru negara utk diserapkan di dalam skuad bawah 23 negara. Yong Kuong Yong mewakili Kuala Lumpur dan telah menjaringkan beberapa gol untuk skuad KL tetapi yang paling diingati ialah jaringan gol menentang Selangor walaupun KL tewas 4-1. Di dalam artikel Cakap2bola yang bertajuk TIADA LAGI KAUM CINA DI DALAM SKUAD KEBANGSAAN akan tiada lagi pemain berbangsa Cina di dalam skuad negara. Semuga Yong Kuong Yong akan berjaya mempamirkan prestasi yang baik seterusnya menjadi 1st 11 skuad Rajagobal. Artikel tentang pemilihan beliau boleh di baca di Ruangan Sukan Berita Harian

Friday, February 12, 2010

RATING PERSATUAN2 BOLASEPAK NEGERI

Di bawah ini Cakap2Bola ingin memberi rating kepada Persatuan Bolasepak Negeri . Rating ini bukan berdasarkan persembahan pasukan mereka tetapi lebih kepada aspek pengurusan dan kewangan. Negeri yang mendapat rating rendah adalah kerana sering dibelenggu masalah kewangan dan pemain2 tidak di bayar gaji . Rating 5 menunjukkan yang terbaik, 4 - Baik, 3 - sederhana, 2 - Teruk, 1 - Terlalu Teruk

PERLIS - Rating 3 - Presiden Perlis FA terlalu byk memimpin persatuan sukan negara dan berpolitik dengan Kerajaan Negeri.

KEDAH - 3 - Tiada masalah kewangan tetapi ada unsur2 sabotaj oleh ahli Kedah FA akibat fahaman politik

PENANG - 2 - Tiada pemimpin sukan yang berkaliber untuk memimpin FA.

PERAK - 1 - Hutang lapuk sejak 2006, sehingga gaji pemain tertunggak sejak tahun tersebut.

SELANGOR - 5 -Cekap walaupun terdapat perbezaan fahaman politik. FA diuruskan secara professional malah kelab dibawah gabungannya seperti PKNS FC menunjukkan prestasi yang baik, dari segi pengurusan mahupun kewangan.

KUALA LUMPUR - 2 - Memerlukan sentuhan Tan Sri Elyas Omar semula jika mahu berjaya seperti di tahun 80 dan 90an.

NEGERI SEMBILAN - 5 - Cekap dan tidak pernah ada rungutan gaji.

MELAKA - 1 - Sering mendengar keluhan pemain. Presiden Melaka FA sepatutnya meletakkan jawatan jika tidak berkemampuan untuk menyalurkan bantuan kewangan ke FA. sedangkan Melaka mempunyai banyak sumber kewangan. Presiden terlalu banyak berpolitik.

JOHOR - 5 - Walaupun Johor tidak mengungguli mana2 Piala, tetapi Johor FA amat prihatin terhadap kemajuan pasukan dengan merehatkan jurulatih sertamerta setelah gagal. Ini menunjukan kecekapan pengurusan ditambah adanya beberapa kelab Johor di Liga Malaysia.

PAHANG -1 - Presiden perlu berundur. Masalah gaji pemain sering didengar setiap tahun.

TERENGGANU - 4 - Ada juga terdengar rungutan pemain2 , gaji lambat dibayar.

KELANTAN - 5 - Dengan sumber kewangan terhad, Presiden berjaya mengemudi pasukan dengan sistematik.

SARAWAK - 1 -Boleh dikatakan tidak berkemampuan untuk bertanding.

SABAH - 2 - Memerlukan pemimpin FA yang baik dan kurang berpolitik. Sabah mempunyai bakat bolasepak yang banyak.

Thursday, February 11, 2010

FAM JANGAN BERMIMPI LAGI

Setelah melayari web site FIFA SENARAI FRIENDLY MATCHES FIFA tidak kelihatan nama Malaysia di dalam list ini. Yg Cakap2Bola cukup kagum ialah pasukan China dan juga pasukan2 dari negara Arab yang kerap mengartur perlawanan persahabatan sehingga ke bulan April ini. Kita juga dapat melihat bagaimana China membelasah Korea 3-0 di Tokyo di dalam Kejohanan Bolasepak Asia Timur sehingga memeranjatkan pasukan Korea. Kita jangan lupa tahun lepas, pasukan Malaysia berjaya mengikat China dengan seri tanpa jaringan. China semakin lama semakin meningkat walaupun pasukan mereka gagal ke Piala Dunia. Sudah ketara tumpuan mereka sekarang ialah Sukan Asia, manakala Malaysia setelah memenangi Sukan SEA masih terus leka. Mungkin agaknya FAM nak bawah kelab2 ternama kot macam real Madrid tahun ini? Lagi besar kelab tu, lagi besar fees yang akan dibayar oleh FAM kot...
Sepatutnya FAM mengaturkan perlawanan persahabatan seperti tahun lepas, banyak lagi pasukan yang belum kita ketemui seperti Azerbaijan, Oman, malah kita boleh memanggil skuad New Zealand yang pada pengamatan Cakap2bola tidak jauh beza dengan pasukan negara cuma mereka beruntung layak ke Piala Dunia 2010 akibat kebodohan AFC yang bersetuju menerima Australia sebagai ahli gabungan AFC yang membuka peluang satu lagi pasukan Oceania ke Piala Dunia sedangkan negara2 asia yg lain menggigit jari.

Tuesday, February 9, 2010

JANGAN PERTIKAIKAN HARIMAU MUDA KE SLOVAKIA


Walaupun terdapat kritikan berkenaan penghantaran skuad Harimau Muda ke Slovakia, Cakap2Bola menyokong penuh pemergian skuad ini walaupun hanya bermain hanya 14-17 perlawanan sahaja dan ditempatkan di divisyen yang rendah. Pada Cakap2Bola, liga di Eopah berganda2 lebih elok dari Liga Super kita mahupun Liga Singapura.

Kita lihat bagaimana Akmal Rizal dahulu di zaman kemuncaknya, walaupun sebelum pulang ke tanahair, beliau hanya bermain di divisyen 4 Perancis, tetapi kita melihat begitu jauh mutu permainan Akmal berbanding dengan pemain yang bermain di Liga malaysia. Malah tidak keterlaluan, sewaktu Akmal bermain di Sukan SEA 2001, 2003 dan Kejohanan Piala Tiger 2002 di Singapura, walaupun Malaysia gagal bergelar juara, tetapi kelibat beliau digeruni pemain2 lawan. Tetapi malangnya beliau pulang ke Tanahair, permainan beliau semakin lama semakin merosot ditambah dengan kecederaan demi kecederaan.

Cuma pada pendapat Cakap2Bola, tidak perlu ada Harimau Muda B, cuma FAM perlu fokus kepada skuad kebangsaan ( skuad ini juga skuad Bawah 23 negara) dan Skuad harimau Muda. Pendedahan kepada kedua2 skuad ini perlulah berterusan dengan mengaturkan perlawanan2 yang berkualiti untuk mengekalkan standard permainan yang tinggi dan bukan setakat bermusim. Kita tidak mendengar perancangan skuad kebangsaan untuk 6 bulan ini. Apakah siri perlawanan persahabatan yang akan dilakukan skuad negara atau apakah hanya Hangat2 Tahi Ayam sahaja FAM ini......Cakap2Bola tak perasan pulak, samada bonus RM30,000 untuk pemain kerana memenangi pingat emas Sukan SEA dah ditunaikan ke?

Sunday, February 7, 2010

SELANGOR JUMPA PKNS DI PIALA FA

Pertembungan abang adik di Pusingan Kedua Piala FA diantara Selangor dan PKNS FC. Seolah2 ulangan pertemuan pasukan remaja kedua2 pasukan di Final Liga Bawah 20 Selangor Piala Tan Sri Mustapha Kamal pada 17hb Januari 2010 yang lepas yang menyaksikan Selangor menewaskan PKNS FC.

Jika Cakap2Bola tidak silap, 3-4 tahun yang lepas, PKNS hampir2 memalukan Selangor sehingga Presiden FA Selangor ketika itu mencadangkan hanya 1 sahaja pasukan dari selangor bertanding....punyalah kurang cerdik kenyataan Presiden FAS Khir Toyo ( yang rasanyalah...tendang bola pun tak pandai ....hehehehe) ketika itu tanpa mengambil kira sejarah PKNS FC dan bakat2 seluruh negeri Selangor ini. Sekurang2nya jika tidak dapat mewakili Selangor, mereka ini boleh mewakili PKNS....Manchester pun ada 2 team....

Cakap2Bola berharap PKNS dapat memberi kejutan buat Selangor...

Saturday, February 6, 2010

TIADA LAGI KAUM CINA DALAM SKUAD BOLASEPAK NEGARA?

Dahulu pasukan bolasepak negeri mahupun kebangsaan akan terdapat campuran kaum. Baik Melayu ,Cina, India, Singh mewakili pasukan negara. Tahun 70an dan 80an adanya Chin Aun, Wong Chong Wah, Yip Chee Keong, James Wong, Lim Teong Kim, Lim Chuan Chin dan lain lain lagi mewakili negara. Tahun 90an ada Yap Wai Loon,Lee kin Hoong dan lain lain lagi. Tapi selepas tahun 2000 , tiada lagi kaum Cina di dalam skuad kebangsaan kecuali Liew Kit Kong yang rupanya seperti seorang India ( rasanya tentu anak kaum India diambil anak angkat oleh keluarga Liew ). Nasib baik jurulatih Harimau Muda A dan B berbangsa Cina iaitu saudara Azraai Khor Abdullah dan juga Ong Kim Swee. Maka lengkaplah 1Malaysia kebanggaan PM kita...

Friday, February 5, 2010

PASUKAN MALAYSIA LEBIH SERASI DENGAN JERSEY BIRU



Sepanjang pemerhatian Cakap2Bola terhadap pasukan kebangsaan, Cakap2Bola mendapati jersey berwarna biru lebih serasi dengan pasukan negara. Sewaktu Sukan SEA baru2 ini, hampir kesemua perlawanan Malaysia menggunakan jersey biru ( kecuali 1 perlawanan ) yang membuahkan pingat emas. Mungkin ini hanya satu kebetulan tetapi dahulu bila mana Malaysia menggunakan jersey kuning, asyik kalah sahaja...hahah mungkin tak sesuai kot, warna diraja heheh...walaubagaimanapun ini hanyalah pemerhatian, yang paling penting segala ketentuan adalah dari yang Esa...kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan