Thursday, December 17, 2009

WA TABIK SAMA LU RAJAGOBAL




Penantian 20 tahun tamat sudah. Akhirnya Malaysia menang 1-0 dengan Vietnam. Terus terang Cakap2Bola memuji persembahan anak2 buah Rajagobal yang bermain dengan cantik, cemerlang dan semangat juang yang tinggi. Malaysia berhak untuk menang . Sememangnya Rajagobal telah membuktikan keupayaannya dengan keberaniannya terhadap anak2 muda ini. Kali ini jelas melihat Malaysia mempunyai satu kelompok pemain2 yang setanding dan semuanya berkeupayaan menjaringkan gol. Rajagobal berjaya menerapkan keyakinan terhadap diri sendiri tanpa perlu merasa hormat kepada lawan. In telah dibuktikan bila Malaysia bertemu Manchester United, Arab Saudi, China dan juga Uzbekistan.
Sebagaimana artikel terdahulu kejayaan ini hanyalah satu permulaan untuk Malaysia kembali sebagai satu pasukan yang disegani di Asia.FAM perlu mengaturkan perlawanan2 persahabatan yang berkualiti setiap bulan untuk pasukan ini. Kita imbas kembali bagaimana persiapan pasukan bawah 23 ini dengan perlawanan persahabatan menentang Man Utd ( 2 perlawanan ), Kenya, China, Saudi Arabia, Jordan dan akhir sekali perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Uzbekistan. Cara ini perlu diteruskan. Aturkan perlawanan2 persahabatan sepanjang tahun contohnya dengan pasukan Oman, Syria, Iraq dan juga pasukan2 Eropah. Kita perlu keluar dari kelompok Asia Tenggara jika untuk terus berjaya.
Sebagai menghormati kejayaan pasukan Malaysia dan pengiktirafan terhadap keupayaan K Rajagobal sebagai jurulatih yang berjaya, maka Cakap2Bola akan berhenti dari mendesak FAM mengambil jurulatih import yang berkaliber, dan segala kritikan terhadap perlantikan Rajagobal akan dipadam di dalam Cakap2Bola. Cuma kritikan terhadap FAM akan diteruskan sehingga Presiden FAM berundur. Segala kritikan terhadap FAM hanyalah kerana sayangkan masadepan bolasepak Malaysia....yang inginkan dan impikan pasukan Malaysia menjadi gergasi bolasepak Asia.....

No comments: